Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Yuran tajaka & tadika sepenuh hari bagi anak keluarga kurang mampu serendah $3

Lebih ramai ibu bapa kini menyedari perlunya menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan prasekolah.

Anggaran Waktu Membaca:
Yuran tajaka & tadika sepenuh hari bagi anak keluarga kurang mampu serendah $3

(Gambar: My First Skool, Yung An Centre)

SINGAPURA: Lebih ramai ibu bapa kini menyedari perlunya menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan prasekolah.

Sungguhpun demikian, lebih baik lagi jika ibu bapa mula menghantar anak-anak bagi pendidikan prasekolah pada usia lebih awal, seperti pada usia 3 atau 4 tahun.

Demikian ditekankan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan Bahasa Melayunya semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan di Institut Pendidikan Teknikal Ang Mo Kio hari ini (18 Ogos).

Demi menggalak lebih ramai ibu bapa supaya menghantar anak-anak mereka ke prasekolah lebih awal, Pemerintah sudah mengambil langkah-langkah untuk memastikan yurannya terus dimampui, khususnya bagi keluarga-keluarga kurang berkemampuan.

"Kami telah memperbaiki mutu pendidikan prasekolah dan memastikan kos kekal berpatutan.

"Sebenarnya, dengan sokongan Pemerintah, yuran tajaka dan tadika sepenuh hari bagi kanak-kanak dari keluarga kurang mampu, boleh serendah $3 sahaja!" kata PM Lee.

PM Lee menambah, Pemerintah juga akan memastikan kosnya kekal dimampui keluarga bergaji pertengahan.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan