Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Yuran sekolah naik antara S$25-S$60 bagi pelajar PR, antarabangsa; tidak berubah bagi pelajar rakyat S'pura

Yuran sekolah bagi Penduduk Tetap Singapura (PR) dan pelajar antarabangsa yang menuntut di sekolah-sekolah Pemerintah dan dibiayai Pemerintah akan dinaikkan pada 2022 dan 2023, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (21 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Yuran sekolah naik antara S$25-S$60 bagi pelajar PR, antarabangsa; tidak berubah bagi pelajar rakyat S'pura

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 02:05PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 02:09PM

SINGAPURA: Yuran sekolah bagi Penduduk Tetap Singapura (PR) dan pelajar antarabangsa yang menuntut di sekolah-sekolah Pemerintah dan dibiayai Pemerintah akan dinaikkan pada 2022 dan 2023, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (21 Okt).

Yuran sekolah bagi pelajar rakyat Singapura di sekolah-sekolah sedemikian kekal tidak berubah.

"Ia adalah sebahagian daripada semakan berkala MOE terhadap yuran sekolah. Pengumuman mengenai kenaikan yuran bagi pelajar bukan warga Singapura sepanjang dua tahun akan datang akan membolehkan para ibu bapa membuat perancangan untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka di sekolah-sekolah kendalian MOE," menurut MOE.

Yuran sekolah bulanan akan naik antara S$25 dengan S$60 bagi para Penduduk Tetap Singapura dan antara S$25 hingga S$150 bagi para pelajar antarabangsa setiap tahun bagi tahun 2022 dan 2023.

Yuran baru yang disemak semula itu akan berkuat kuasa mulai Januari setiap tahun.

Yuran-yuran yang disemak adalah seperti berikut:

Para pelajar rakyat Singapura tidak perlu membayar yuran bulanan bagi sekolah rendah dan hanya perlu membayar S$5 dan S$6 setiap bulan masing-masing bagi sekolah menengah dan peringkat prauniversiti.

Yuran standard yang lain juga kekal tidak berubah. Kumpulan kedua yuran lain ditetapkan oleh pihak sekolah dan dihadkan pada yuran-yuran biasa yang lain. Yuran yang sama ini juga dikenakan ke atas pelajar dari pelbagai kerakyatan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan