Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

YouTube padam akaun Beow Tan kerana langgar dasar gangguan, buli siber

Satu saluran YouTube yang didakwa adalah milik seorang wanita yang mengeluarkan komen-komen berbaur perkauman dalam satu video yang tular baru-baru ini, sudah dipadamkan.

Anggaran Waktu Membaca:
YouTube padam akaun Beow Tan kerana langgar dasar gangguan, buli siber

Petikan video dari Instagram/aliffdaniel.blog.

Diterbitkan : 28 Apr 2021 04:44PM Dikemas Kini : 28 Apr 2021 04:47PM

SINGAPURA: Satu saluran YouTube yang didakwa adalah milik seorang wanita yang mengeluarkan komen-komen berbaur perkauman dalam satu video yang tular baru-baru ini, sudah dipadamkan.

Menurut YouTube, ia memadam akaun YouTube Beow Tan kerana ia melanggar dasar gangguan dan buli siber laman itu.

"Kami mempunyai dasar tegas yang melarang gangguan di YouTube, termasuk kandungan yang menghina seseorang secara berniat jahat berdasarkan kaum, kecenderungan jantina atau seksual mereka.

"Kami dengan segera memadam kandungan yang melanggar dasar itu apabila ia dilaporkan kepada pihak kami," menurut seorang jurucakap dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp.

Saluran tersebut telah menayangkan beberapa video yang memaparkan wanita berusia 57 tahun yang kini sedang disiasat oleh pihak polis.

Video paling awal yang dimuat naik ke saluran itu sebelum ia dipadamkan adalah pada Disember 2016. Ia mempunyai lebih 260 pengikut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan