Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Yotelair buka hotel lapangan terbang Asia pertamanya di Jewel Changi

Terkenal dengan kabin-kabin kreatif dan katil-katil bijaknya, Yotelair akan membuka hotel lapangan terbang Asia pertamanya di Jewel Changi pada 12 April.

Anggaran Waktu Membaca:
Yotelair buka hotel lapangan terbang Asia pertamanya di Jewel Changi

Bilik-bilik Premium Queen (kiri) dan Family (kanan) Yotelair. (Gambar: www.yotel.com)

Diterbitkan : 08 Mar 2019 03:16PM Dikemas Kini : 08 Mar 2019 03:24PM

SINGAPURA: Terkenal dengan kabin-kabin kreatif dan katil-katil bijaknya, Yotelair akan membuka hotel lapangan terbang Asia pertamanya di Jewel Changi pada 12 April.

Yotelair sudah dibuka di lima lapangan terbang lain termasuk Gatwick dan Heathrow di London, Schiphol di Amsterdam Charles de Gaulle di Paris dan Istanbul.

"Kami sangat ghairah untuk membuka Yotelair pertama Asia di Singapura, lebih-lebih lagi di Jewel, Lapangan Terbang Changi yang cantik ini.

"Yotelair Lapangan Terbang Changi bakal menjadi gerbang penting bagi laluan-laluan terkenal di dunia, meningkatkan pengalaman penginapan untuk setiap pengembara moden," kata pengurus besar syarikat itu Encik Norman Cross dalam satu kenyataan hari ini (8 Mac).

Hotel itu dilengkapi dengan kios-kios daftar masuk sendiri sama seperti yang terdapat di lapangan terbang, dan kemudahan-kemudahan seperti gim yang dibuka sepanjang masa dan sebuah bilik istirahat yang menghadap Rain Vortex, air terjun tertutup tertinggi di dunia, setinggi 40 meter.

Bilik-bilik di hotel itu dikategorikan kepada Premium Queen, Accessible Queen Premium dan Family, dengan kabin-kabin premium dilengkapi katil-katil bijak.

Direka oleh pengasas dan usahawan England Encik Simon Woodroffe, para pemegang saham terbesar Yotel termasuk Starwood Capital Group, Talal Jassim Al-Bahar Group, United Investment Portugal dan Kuwait Real Estate Company.

Yotel juga mempunyai sebuah hotel pusat bandar di Singapura yang terletak di Orchard Road dan di bandar-bandar lain seperti New York, Boston dan San Francisco.

Sumber : CNA/IL/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan