Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

YMC MENDAKI anjur bengkel kreatif dedah pelajar kepada bidang kerjaya masa depan

Seramai 40 pelajar berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dari para karyawan bidang STEM iaitu sains, teknologi, kejututeraan dan matematik mengenai kesan gangguan teknologi dan peluang pekerjaan pada masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Feb 2019 09:58PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 10:04PM

SINGAPURA: Seramai 40 pelajar berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dari para karyawan bidang STEM iaitu sains, teknologi, kejututeraan dan matematik mengenai kesan gangguan teknologi dan peluang pekerjaan pada masa depan.

Bengkel anjuran Kelab Minda Muda (YMC) MENDAKI hari ini (16 Feb) mendedahkan mereka kepada teknologi baru yang inovatif dan kreatif dalam bidang tersebut.

Mereka bentuk dan menghasilkan barangan menggunakan teknologi percetakan tiga dimensi, menulis kod program yang membolehkan dron terbang tanpa kawalan manusia, serta memasang bahagian-bahagian kenderaan.

Tiga kegiatan itu dicuba para peserta bengkel "Cabaran YMC Makers: Gangguan dalam Dunia Robotik" anjuran Kelab Minda Muda (YMC) MENDAKI.

"Kami mempelajari pelbagai unsur dari segi robotik dan juga elektronik serta bagaimana ia akan menjejas masa hadapan Singapura dan juga dunia," kongsi seorang peserta, Irfan Ali.

Seorang lagi peserta, Ahmad Imran Ahmad Kamal pula berkata: "Saya berminat dengan robotik dan saya rasa acara ini boleh meningkatkan minat sesiapa sahaja".

Selain itu, dua orang karyawan bidang teknologi tinggi turut berkongsi tentang landskap pendidikan dan kerjaya dalam perusahaan yang pantas berubah itu.

"Kami sedar bahawa bilangan pakar profesional dalam bidang STEM iaitu sains, teknologi, kejututeraan dan matematik agak rendah. Oleh sebab itu, kami juga menjemput dua orang profesional dalam bidang STEM untuk berkongsi tentang kerjaya-kerjaya yang wujud dalam industri teknologi Singapura," ujar Encik Suhaimi Zainal Shah, penganjur acara.

Bengkel tersebut dihadiri 40 pelajar berusia antara 14 dengan 15 tahun dari sekolah aliran biasa dan juga madrasah.  

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan