Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Yayasan Temasek sumbang 3,000 kit ujian COVID-19 kepada Palestin, dedah Masagos

Singapura baru-baru ini mengongsi pengalaman menangani penularan COVID-19 dengan Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
Yayasan Temasek sumbang 3,000 kit ujian COVID-19 kepada Palestin, dedah Masagos

(Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

SINGAPURA: Singapura baru-baru ini mengongsi pengalaman menangani penularan COVID-19 dengan Palestin.

Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli bertukar-tukar pandangan berhubung pengalaman Singapura menangani COVID-19 dengan Menteri Kesihatan Palestin Mai Al Kaila dalam satu sidang maya yang diadakan pada Selasa (24 Nov).

(Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

Dalam catatannya di Facebook pada Sabtu (28 Nov), Encik Masagos juga berkongsi bahawa Palestin turut mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Temasek atas sumbangan 3,000 kit ujian Fortitude 2.0 bagi mengesan jangkitan COVID-19 kepada rakyat Palestin pada Julai lalu.

Kedua-dua pemimpin turut mengesahkan hubungan rapat yang terjalin antara kedua-dua pihak.

Menurut Encik Masagos, beliau berkongsi dengan Menteri Mai Al Kaila bahawa sebahagian besar kes COVID-19 yang dilaporkan di Singapura sekarang adalah kes-kes import dan kesemuanya dikesan semasa mereka menjalani tempoh pengasingan.

Jumlah jangkitan dalam masyarakat dan juga kes-kes di dormitori pekerja asing juga kekal rendah.

Ini, menurut Encik Masagos, berjaya dicapai atas usaha menyeluruh dan berterusan daripada masyarakat Singapura.

"Semua ini berjaya dicapai atas perjuangan setiap rakyat Singapura dalam melawan COVID-19 dan usaha ini melibatkan seluruh masyarakat, dengan penyertaan aktif dan sokongan daripada masyarakat yang lebih luas," tulis Encik Masagos.

Sebelum mengakhiri catatannya, Encik Masagos turut menggesa para penduduk Singapura supaya terus mematuhi jarak selamat dan peraturan pengurusan selamat sedang negara ini melangkah ke Fasa 3 di mana lebih banyak kegiatan dan acara boleh diadakan dengan jumlah peserta yang lebih ramai. 

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan