Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Yayasan Temasek lancar dana S$100,000 untuk tambah sokongan atlit biaya sendiri

Yayasan Temasek akan melancarkan sebuah dana pada Rabu (13 Jan) untuk membantu atlit yang kini tidak disokong oleh mana-mana geran atau sokongan dana sedia ada.

Anggaran Waktu Membaca:
Yayasan Temasek lancar dana S$100,000 untuk tambah sokongan atlit biaya sendiri

Pelumba muda BMX Mas Ridzwan Muhammad Ali (Gambar ihsan: Hairul Nazwa)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 05:55PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 05:59PM

SINGAPURA: Yayasan Temasek akan melancarkan sebuah dana pada Rabu (13 Jan) untuk membantu atlit yang kini tidak disokong oleh mana-mana geran atau sokongan dana sedia ada.

Pertama kali diumumkan tahun lalu, 'Inspire Fund' atau Dana Inspirasi Yayasan Temasek bertujuan untuk memberikan sokongan kepada atlit yang berpotensi mewakili Singapura di pertandingan antarabangsa yang mungkin disambung semula tahun ini, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong.

"Dana ini tidak menetapkan had usia atau batasan terhadap jenis sukan, jadi ini akan memberi manfaat kepada lebih ramai atlit," tambah Encik Tong.

Yayasan Temasek akan menyumbang S$100,000 setahun kepada dana itu, yang ditadbir bersama oleh Sport Singapore (SportSG) dan Institut Sukan Belia Nasional (NYSI).

Dana itu satu dorongan kepada atlit seperti Mas Ridzwan Muhammad Ali, seorang pelumba BMX.

"Salah satu cabaran yang saya hadapi adalah membiayai sendiri pertandingan luar negara. Dengan pertandingan BMX disambung semula di peringkat antarabangsa, saya harap dapat mengambil bahagian. Dengan dana ini, saya berharap dapat sedikit bantuan dan meneruskan perlumbaan BMX sebagai kerjaya dan mewakili Singapura dalam Kejuaraan BMX Asia, Eropah dan Dunia,” kata atlit berusia 18 tahun itu.

Sehingga S$50,000 akan diagihkan bagi pusingan pertama permohonan, yang dibuka pada Rabu dan ditutup pada 12 Februari.

Para atlit, boleh mendaftar sebagai individu atau sepasukan, Mereka akan dinilai berdasarkan tahap pertandingan dan rekod prestasi mereka. Baki S$50,000 akan diagihkan pada lewat tahun ini, apabila tempoh permohonan kedua diumumkan.

Jumlah dana yang diagihkan akan dinilai mengikut setiap kes, dengan kosnya termasuk tiket penerbangan, penginapan, yuran pendaftaran, visa dan insurans perjalanan.

Ketua Eksekutif Yayasan Temasek Nurtures Cik Koh Lin-Net berkata beliau berharap dana itu akan "memberi sokongan kepada atlit-atlit ini untuk memupuk aspirasi mereka. Kami berharap ini akan memberi inspirasi dan mengupayakan orang lain untuk mengikut jejak mereka.”

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan di sini.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan