Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Yayasan Temasek agih cecair kumur mulut percuma; tarikh daftar mulai 15 Nov

Setiap keluarga di Singapura akan menerima sebotol cecair kumur mulut secara percuma bagi bantu mengurangkan penularan penyakit, menurut Yayasan Temasek pada Khamis (21 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Yayasan Temasek agih cecair kumur mulut percuma; tarikh daftar mulai 15 Nov

(Gambar: Yayasan Temasek)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 12:45PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 12:47PM

SINGAPURA: Setiap keluarga di Singapura akan menerima sebotol cecair kumur mulut secara percuma bagi bantu mengurangkan penularan penyakit, menurut Yayasan Temasek pada Khamis (21 Okt).

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif Sentiasa Bersedia "bagi bantu memastikan semua orang dalam keadaan sihat dan selamat serta menjaga masyarakat tempatan", menurut yayasan itu.

Dalam kenyataannya, Yayasan Temasek turut mendedahkan bahawa cecair kumur mulut itu mengandungi 1 peratus povidon-iodin sebagai bahan aktif yang berkesan untuk membunuh pelbagai jenis kuman, termasuk kuman-kuman yang menyebabkan sakit tekak.

Cecair kumur mulut itu disimpan dalam botol 250 milimeter yang juga mempunyai cawan penyukat 25 milimeter.

Para penduduk yang berminat untuk mendapatkan cecair kumur mulut itu bagi pihak keluarga mereka perlu membuat pendaftaran mulai 15 November hingga 10 Disember menggunakan alamat kediaman bagi bil api air SP mereka di laman stayprepared/sg/staywell-register.

Alamat kediaman dan emel diperlukan sebagai sebahagian daripada proses pengesahan.

Mereka yang ingin mengambil cecair kumur mulut itu boleh berbuat demikian mulai 22 November hingga 12 Disember dan ia tertakluk kepada bekalan stok.

Menurut Yayasan Temasek, jika jumlah permintaan melebihi jangkaan, pusingan kedua pengambilannya mungkin akan diadakan selepas perayaan Tahun Baru Cina.

Selain itu, setiap flat satu hingga empat bilik HDB akan menerima satu botol tambahan 125 milimeter yang akan dihantar oleh Singapore Post ke peti surat masing-masing.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan