Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Yayasan Hotel 81-Choo Chong Ngen derma $2.5 juta bantu pelajar politeknik memerlukan

Yayasan Hotel 81-Choo Chong Ngen menderma sebanyak S$2.5 juta kepada lima politeknik untuk membangunkan dermasiswa bagi para pelajar yang kurang berkemampuan.

Anggaran Waktu Membaca:
Yayasan Hotel 81-Choo Chong Ngen derma $2.5 juta bantu pelajar politeknik memerlukan

Encik Choo Chong Ngen (tengah) semasa acara penyampaian cek. (Gambar: Hotel 81-Choo Chong Ngen Foundation)

Diterbitkan : 10 Nov 2017 04:28PM Dikemas Kini : 10 Nov 2017 04:34PM

SINGAPURA: Yayasan Hotel 81-Choo Chong Ngen menderma sebanyak S$2.5 juta kepada lima politeknik untuk membangunkan dermasiswa bagi para pelajar yang kurang berkemampuan.

Penubuhan yayasan itu dan Dermasiswa Endowmen Yayasan Hotel 81-Choo Chong Ngen diumumkan yayasan itu hari ini (10 Nov). Ia ditubuhkan di bawah Yayasan SymAsia Credit Suisse, dengan bank tersebut sebagai penasihat sumbangan dermawan.

Encik Choo Chong Ngen, pengasas dan pengerusi eksekutif rangkaian hotel bajet 81, akan memberikan sumbangan pertama di bawah yayasan itu dengan S$2.5 juta disumbangkan kepada Politeknik Nanyang, Politeknik Ngee Ann, Politeknik Republik, Politeknik Singapura dan Politeknik Temasek.

"Saya percaya akan pentingnya mempunyai pendidikan yang baik. Pada masa lalu, saya tidak mampu melanjutkan pelajaran kerana masalah kewangan, tapi ia jelas sekarang pendidikan boleh membawa perbezaan dan kesan pada para individu dan masyarakat," kata beliau.

Setiap politeknik akan menerima S$500,000 dan pemerintah akan juga menyumbang mengikut nisbah 1.5:1 yang membawa jumlah sumbangan kepada S$1.25 juta bagi setiap institusi. Jumlah keseluruhan yang akan disumbangkan akan berjumlah S$6.25 juta.

Menjelang 2020, dermasiswa itu dijangka akan bermanfaat buat sekurang-kurangnya 40 pelajar politeknik tempatan, demikian menurut yayasan itu.

Dermasiswa itu akan dibiayai hasil pendapatan dari dana dermasiswa tersebut. Sementara itu, Encik Choo juga akan memperuntukkan S$15,000 dana modal permulaan setiap tahun bagi setiap politeknik pada tahun 2017 dan 2018 untuk mula memberi sokongan kepada pelajar.

Sumbangan terbaru ini merupakan salah satu usaha Encik Choo menyokong sektor pendidikan Singapura. Pada 2012, beliau menyumbang S$2 juta dalam bentuk dermasiswa bagi mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang, S$2 juta pada 2013 untuk Institut Teknologi Singapura, S$2 juta kepada Universiti Pengurusan Singapura pada 2015 dan S$2 juta kepada Universiti Nasional Singapura pada 2016.  

Sumber : CNA/AQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan