Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

WP turunkan video paparkan PUB raih lebihan S$5.3 bilion

Parti Pekerja (WP) sudahpun menurunkan sebuah video online yang menggambarkan agensi air negara PUB meraih lebihan S$5.3 bilion, selepas Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong mengatakan di Parlimen hari ini (9 Jun) bahawa video itu mengelirukan.

Anggaran Waktu Membaca:
WP turunkan video paparkan PUB raih lebihan S$5.3 bilion

Setiausaha Agung WP Pritam Singh bercakap di Parlimen pada 14 Mei.

Diterbitkan : 09 Jul 2018 11:53PM Dikemas Kini : 09 Jul 2018 11:58PM

SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) sudahpun menurunkan sebuah video online yang menggambarkan agensi air negara PUB meraih lebihan S$5.3 bilion, selepas Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong mengatakan di Parlimen hari ini (9 Jun) bahawa video itu mengelirukan.

Pada 4 Jun, WP memuat naik video tentang kos sara hidup yang kian meningkat di Singapura. Video itu menyatakan bahawa rizab modal PUB "melonjak dari S$3 bilion pada 2007 kepada lebih S$5 bilion pada 2016", tulis Setiausaha Agung Pritam Singh dalam satu catatan Facebook hari ini (9 Jul).

"Video dan teks di dalamnya seolah-olah memberi gambaran bahawa PUB mempunyai lebihan sebanyak S$5.3 bilion. Menteri Lawrence Wong menjelaskan bahawa ia tidak benar. Saya sudah mengarahkan supaya video itu diturunkan selepas Encik Wong memberi penjelasan," tulis Encik Singh.

Semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Holland-Bukit Timah, Liang Eng Hwa, Encik Wong menjelaskan di Parlimen hari ini (9 Jul) bahawa rizab modal dalam akaun PUB bukan rizab modal yang boleh digunakan.

Sebaliknya, rizab modal tersebut adalah jumlah yang sudah dilaburkan dalam hartanah, loji dan peralatan PUB.

Encik Wong menarik perhatian bahawa video WP mempersoalkan mengapa harga air naik sedangkan rizab modal PUB naik dari S$3 bilion kepada S$5.3 bilion dalam tempoh 10 tahun lalu.

Beliau berkata, parti tersebut bertanggapan bahawa rizab modal itu adalah lebihan tunai yang disimpan Pemerintah dalam akaun PUB. Ini, kata Encik Wong, "tidak tepat sama sekali dan satu kekeliruan asas perakaunan".

"Saya harap penjelasan ini sudah memadai. Saya juga berharap Parti Pekerja tidak lagi cuba memutarbelitkan fakta yang mengelirukan orang awam," kata Encik Wong.

Encik Singh berkata beliau sudah mengemukakan topik rizab modal PUB dalam ucapannya semasa Ucapan Presiden pada Mei, tetapi ia tidak dibincangkan dalam perbahasan ketika itu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan