Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

WP sokong usaha pasukan bertindak berbilang kementerian tangani virus Wuhan

Parti pembangkang Parti Pekerja (WP) menyatakan ia menyokong pasukan bertindak berbilang kementerian yang ditubuhkan Pemerintah untuk mengekang penularan virus korona Wuhan di Singapura serta di luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:
WP sokong usaha pasukan bertindak berbilang kementerian tangani virus Wuhan

Imbasan suhu dilaksanakan di Lapangan Terbang Changi (Gambar: REUTERS/Yiming Woo)

Diterbitkan : 29 Jan 2020 12:45PM Dikemas Kini : 29 Jan 2020 12:47PM

SINGAPURA: Parti pembangkang Parti Pekerja (WP) menyatakan ia menyokong pasukan bertindak berbilang kementerian yang ditubuhkan Pemerintah untuk mengekang penularan virus korona Wuhan di Singapura serta di luar negara.

Dalam catatan yang dimuat naik ke laman parti tersebut pada Selasa (28 Jan), ia menyatakan wabak virus korona Wuhan adalah satu perkembangan baru yang serius dan membimbangkan.

"Kami menggesa orang ramai supaya terus berwaspada dan mengambil langkah-langkah wajar untuk menjaga keselamatan masing-masing. Ini termasuk terus mengamalkan kebersihan peribadi yang baik seperti mencuci tangan dengan lebih kerap menggunakan sabun dan mengelakkan tempat-tempat yang sesak," menurut WP.

"Kami turut menggesa orang ramai supaya mematuhi nasihat-nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH). JIka anda berasa kurang sihat, dapatkan rawatan perubatan dengan segera."

Menurut WP lagi: "Kita harus bersatu dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pelbagai kementerian terutama sekali Kementerian Kesihatan (MOH), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Pendidikan (MOE).

"Paling penting sekali, kami menggesa orang ramai supaya bertenang dan jangan menakut-nakutkan orang lain dengan mencetuskan spekulasi atau menyebarkan khabar angin secara online. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, sila rujuk kepada pengumuman rasmi atau laporan daripada wadah-wadah berita utama."

WP juga meluahkan penghargaan kepada para pekerja barisan hadapan terutama sekali di pusat-pusat pemeriksaan, hospital dan klinik atas usaha dan pengorbanan mereka bagi menjaga dan melindungi keselamatan rakyat Singapura dan memastikan segala operasi berjalan lancar bagi menangani penularan virus korona di Singapura.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan