Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

WP persoal keputusan EBRC bubar 3 SMC

Parti Pekerja (WP) pada Jumaat (13 Mac) mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Semakan Kawasan Undi (EBRC) membubarkan tiga Kawasan Undi Perseorangan (SMC) selepas EBRC mengeluarkan laporannya.

Anggaran Waktu Membaca:
WP persoal keputusan EBRC bubar 3 SMC

Gambar fail anggota Pari Pekerja pada 2017 (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 13 Mar 2020 11:06PM Dikemas Kini : 13 Mar 2020 11:20PM

SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) pada Jumaat (13 Mac) mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Semakan Kawasan Undi (EBRC) membubarkan tiga Kawasan Undi Perseorangan (SMC) selepas EBRC mengeluarkan laporannya.

Sebanyak 14 SMC diumumkan bagi Pilihan Raya Umum akan datang, lebih satu daripada 13 yang ada sekarang. Empat daripadanya adalah SMC baru, sementara tiga kawasan undi - Sengkang West, Fengshan dan Punggol East - dibubarkan.

"Seperti biasa, EBRC tidak mendedahkan bagaimana ia membuat keputusannya," kata parti pembangkang itu.

"Sebagai contoh, meskipun bilangan SMC bertambah daripada 13 menjadi 14, EBRC tidak menjelaskan mengapa ia memilih untuk mewujudkan beberapa SMC baru sambil membubarkan SMC Sengkang West, Fengshan dan Punggol East, kawasan-kawasan di mana WP sudah aktif selama bertahun-tahun," tambah WP.

"Walau apapun, akhirnya ada kejelasan. WP akan menentukan kawasan-kawasan di mana ia dapat berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat Singapura dan akan membuat pengumuman apabila pilihan raya diadakan kelak," tambah WP.

Dalam Pilihan Raya Umum 2015, WP bertanding di ketiga-tiga SMC yang kini dibubarkan, dengan calon-calonnya meraih sekurang-kurangnya 35 peratus undi setiap seorang, meskipun kalah kepada calon-calon Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Dua kerusi untuk Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) diberikan kepada WP selepas pilihan raya lalu atas prestasi calon-calonnya di SMC Punggol East dan SMC Fengshan.

Kerusi NCMP diberikan kepada calon dengan peratusan undi tertinggi dalam kalangan calon pembangkang yang kalah.

AP PAP, Charles Chong menang tipis di Punggol East dengan 51.77 peratus undi bertanding Cik Lee Li Lian dari WP. Cik Lee memutuskan untuk melepaskan kerusi NCMP kepada rakan parti Daniel Goh.

Dennis Tan dari WP dilantik menjadi NCMP setelah mendapat 42.5 peratus undi di SMC Fengshan meskipun kalah kepada Cik Cheryl Chan.

Di Sengkang West, Koh Choong Yong dari WP memperolehi 37.87 peratus undi semasa menentang Dr Lam Pin Min.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan