Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Widadul Wahidah Mahamod duduki tempat ketiga Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa

Qariah Singapura, Widadul Wahidah Mahamod membawa pulang wang tunai RM20,000 (S$6,700) selepas menduduki tempat ketiga dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60 semalam (12 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Widadul Wahidah Mahamod duduki tempat ketiga Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa

Cik Widadul Wahidah Mahamod bersama ayahnya. (Gambar: MUIS)

Diterbitkan : 13 May 2018 03:27PM Dikemas Kini : 13 May 2018 03:43PM

KUALA LUMPUR: Qariah Singapura, Widadul Wahidah Mahamod membawa pulang wang tunai RM20,000 (S$6,700) selepas menduduki tempat ketiga dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60 semalam (12 Mei).

Majlis tilawah yang berlangsung selama enam hari, bermula Isnin lalu (7 Mei) di Pusat Dagangan Dunia Putra dan disertai 61 peserta daripada 47 negara kali ini dengan 21 negara menyertai kategori Tilawah Al-Quran dan 26 negara menyertai kategori Hafazan Al-Quran.

Juara majlis tilawah adalah qari dan qariah dari Malaysia, Abdullah Fahmi Che Nor dan Suhailah Zulkifly. Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang kepingan emas bernilai RM70,000 (S$23,600), wang tunai RM40,000 (S$13,500) dan sebuah piala.

Pengerusi Jawatankuasa MTTQ Haji Rahim Mawasi (kiri) bersama Widadul Wahidah Mahamod dan ayahnya.

Pengerusi Jawatankuasa MTTQ Haji Rahim Mawasi (kiri) bersama Widadul Wahidah Mahamod dan ayahnya. (Gambar: MUIS)

Encik Abdullah Fahmi memperoleh markah 92.09 peratus manakala Suhailah meraih markah 92.05 peratus.

Qari dari Iran Mokhtar Deghan Estajroudi dan Khamisatudduha Abdul Wahab, qariah dari Indonesia masing-masing muncul naib johan qari dan qariah yang melayakkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM30,000 (S$10,000) setiap seorang.

KATEGORI MENGHAFAZ QURAN

Bagi Kategori Menghafaz Al-Quran Bahagian Lelaki, Kolim Siddiqee dari Bangladesh muncul juara, Waleed Hamad Mohamed Ahmed Almarzooqi (Amiriah Arab Bersatu) di tempat kedua dan Muzmil Ahmed Mohammed Ahmed (Sudan) di tempat ketiga.

Kategori Menghafaz Al-Quran Bahagian Wanita pula dimenangi Bilghiss Dar dari Mauritania, Siti Nadhirah Mohd Shafie (Malaysia) di tempat kedua dan Ashura Amani Lilanga (Tanzania) di tempat ketiga.

Johan bagi Kategori Menghafaz Al-Quran menerima kepingan emas bernilai RM50,000 (S$17,000), wang tunai RM25,000 (S$8,500) dan piala iringan, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 (S$6,700) dan RM15,000 (S$5,000).

Menyampaikan hadiah di majlis itu ialah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Sementara itu Abdullah Fahmi, 34 ketika ditemui pemberita berkata kejayaan beliau itu didorong oleh pengalamannya yang banyak bertanding dalam tilawah dan sering bertalaqqi, iaitu bertemu dan belajar terus mengenai sebutan yang betul  dengan banyak guru al-Quran.

"Alhamdulillah, saya bersyukur atas kejayaan ini, dan berharap dapat mengajar lebih ramai golongan muda mengenai kaedah bacaan talaqqi al-Quran yang betul," katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan