Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

WhatsApp terganggu; pengguna alami masalah hantar gambar, fail media

Perkhidmatan aplikasi pesanan ringkas popular WhatsApp dilaporkan gagal berfungsi sekali gus menyebabkan pengguna di seluruh dunia berdepan gangguan.

Anggaran Waktu Membaca:
WhatsApp terganggu; pengguna alami masalah hantar gambar, fail media

(Gambar: Dado Ruvic/Reuters)

Diterbitkan : 20 Jan 2020 07:57AM Dikemas Kini : 20 Jan 2020 07:58AM

SINGAPURA: Perkhidmatan aplikasi pesanan ringkas popular WhatsApp dilaporkan gagal berfungsi sekali gus menyebabkan pengguna di seluruh dunia berdepan gangguan.

Laman pengesan sesawang Down Detector melaporkan pengguna berdepan dengan masalah menghantar dan menerima fail berbentuk berbilang media di aplikasi tersebut.

Ia membabitkan perkhidmatan penghantaran foto, video, GIF, 'stickers' dan rakaman audio. Gangguan dikatakan berlaku sejak petang semalam (19 Jan).

Selain Singapura, media antarabangsa melaporkan masalah berkenaan berlaku di sebahagian negara Asia dan Amerika Selatan serta Eropah.

Bagaimanapun aplikasi tersebut sudah kembali berfungsi seperti biasa sejak kira-kira pukul 9:30 malam semalam.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan