Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

WGS buka studio untuk penghantar makanan, pemandu teksi, kereta sewa privet duduk makan

Para penghantar makanan, pemandu teksi atau kereta sewa privet yang mencari tempat makan di kawasan Geylang dipelawa ke bangunan Wisma Geylang Serai (WGS).

Anggaran Waktu Membaca:
WGS buka studio untuk penghantar makanan, pemandu teksi, kereta sewa privet duduk makan

Tempat makan di Studio Kulinari di Wisma Geylang Serai. (Gambar: Kelab Masyarakat Geylang/Facebook)

SINGAPURA: Para penghantar makanan, pemandu teksi atau kereta sewa privet yang mencari tempat makan di kawasan Geylang dipelawa ke bangunan Wisma Geylang Serai (WGS).

Dengan Singapura menguatkuasakan semula Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat), orang ramai tidak dibenarkan duduk makan di luar.

Maka itu, Kulinari Studio WGS dibuka semula antara 10.00 pagi hingga 8.00 malam untuk para pekerja barisan hadapan itu berehat sambil menjamu selera sebelum menyambung semula tugas masing-masing.

Mereka yang mahu memanfaatkan kemudahan itu dipelawa untuk membuat pendaftaran di kaunter Kelab Masyarakat Geylang di Tingkat 1 WGS.

Namun, disebabkan tempat terhad, para pengguna dinasihatkan supaya tidak menggunakan ruang tersebut melebihi 30 minit dan membersihkan meja selepas makan bagi memastikan orang lain juga dapat menikmati kemudahan itu.

Kelab Masyarakat Geylang juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat seperti tidak berbual-bual dalam studio dan memakai pelitup pada setiap masa kecuali ketika makan atau minum.  

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan