Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga tua didakwa cuba rompak kedai pajak Bedok

Seorang lelaki berusia 67 tahun didakwa pada Isnin (15 Jul) kerana cuba merompak sebuah kedai pajak di Bedok.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga tua didakwa cuba rompak kedai pajak Bedok

Gambar suspek lelaki yang disyaki cuba merompak sebuah kedai pajak di Bedok.

Diterbitkan : 15 Jul 2019 12:56PM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 01:02PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 67 tahun didakwa pada Isnin (15 Jul) kerana cuba merompak sebuah kedai pajak di Bedok.

Omar Abdullah didakwa cuba melakukan rompakan di Kedai Pajak Valuemax di Blok 213 Bedok North Street 1 sekitar 1.50 tengah hari pada Jumaat lalu.

Rakyat Singapura itu didakwa menggunakan pisau cincang dan menghentaknya pada gelas pameran yang mengandungi barang kemas.

Menurut pengurus kedai tersebut, Omar memasuki kedai itu dengan memakai topeng dan memegang pisau tersebut.

Bagaimanapun semasa dia cuba menghentak gelas berkenaan, pisau tersebut pecah kepada dua bahagian, menurut pengurus itu kepada Mediacorp.

Omar diberkas di Yishun pada Sabtu, 32 jam selepas insiden itu.

Menurut kenyataan polis, Omar cuba merahsiakan identitinya dengan memakai topeng dan berkali-kali menukar pakaiannya selepas melarikan diri dari tempat kejadian.

Omar akan ditahan reman di Institut Kesihatan Mental bagi penilaian psikiatrik.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara antara dua hingga tujuh tahun.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan