Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga tua bakal dilatih untuk jadi relawan di hospital

Golongan warga emas kini boleh mengikuti latihan untuk menjadi relawan di hospital menerusi satu program perintis baru oleh Yayasan Temasek Cares dan Hospital Tan Tock Seng.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Oct 2018 07:41PM Dikemas Kini : 19 Oct 2018 09:17PM

SINGAPURA: Golongan warga emas kini boleh mengikuti latihan untuk menjadi relawan di hospital menerusi satu program perintis baru oleh Yayasan Temasek Cares dan Hospital Tan Tock Seng.

Dilancarkan hari ini (19 Okt), program tersebut memberi tumpuan kepada para pesakit tua yang memerlukan pembedahan ganti lutut, pemeriksaan mata serta bantuan mengenai masalah kesihatan mental.

Lebih 13,000 pesakit dijangka meraih manfaat daripada program itu dalam masa dua tahun akan datang.

Ahli-ahli fisioterapi di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) berkata para pesakit lanjut usia mungkin lebih bersedia menerima sokongan daripada rakan-rakan sebaya.

Lantaran itu, Yayasan Temasek Cares menyalurkan sekitar $30,000 bagi mengelolakan satu program, yang diberi nama CHAMPS atau Program Kesihatan Aktif Pergerakan Para Klinikal Warga Tua.

Lebih 70 orang sudahpun melahirkan minat untuk menyertai program berkenaan, yang berharap dapat melatih 160 warga emas.

Mereka perlu bersiap sedia untuk berkhidmat selama sekurang-kurangnya enam bulan sebelum layak menjalani latihan.

Warga tua yang membantu di klinik mata, misalnya, akan dilatih untuk merekodkan sejarah perubatan asas selain menerangkan ujian visual. Latihan itu boleh meningkatkan keyakinan para relawan tersebut untuk menguruskan keadaan mata mereka sendiri di rumah.

Dengan pengetahuan dan pengalaman mereka, Yayasan Temasek Cares dan TTSH menyifatkan warga tua sebagai sumber berharga yang wajar dimanfaatkan.

Jika program perintis itu berjalan lancar, ia mungkin diperluaskan ke persatuan-persatuan lain seperti Akademi Perak Nasional untuk melatih lebih ramai orang lanjut usia. 

Sumber : CNA/FZ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan