Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga S'pura tiada pengecualian NS meskipun negara asal ibu bapa ada NS wajib

Seorang warga Singapura tidak akan diberi pengecualian daripada menjalani Perkhidmatan Negara (NS), meskipun ibu bapanya berasal dari negara asing yang juga mewajibkan perkhidmatan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga S'pura tiada pengecualian NS meskipun negara asal ibu bapa ada NS wajib

(Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 02 Oct 2018 12:04AM Dikemas Kini : 02 Oct 2018 12:06AM

SINGAPURA: Seorang warga Singapura tidak akan diberi pengecualian daripada menjalani Perkhidmatan Negara (NS), meskipun ibu bapanya berasal dari negara asing yang juga mewajibkan perkhidmatan negara.

Demikian menurut jawapan bertulis Menteri Pertahanan Ng Eng Hen kepada soalan yang dibentangkan di Parlimen pada Isnin (1 Okt).

Pada bulan lalu, seorang warga Thailand berusia 24 tahun didenda S$6,000 kerana gagal menjalani NS.

Mantan rakyat Singapura itu menjalani perkhidmatan negara bersama tentera Thailand.

Pada Isnin Dr Ng menekankan Akta Pendaftaran berkuat kuasa ke atas semua warga Singapura meskipun mereka pada masa yang sama memegang kerakyatan negara asing.

Akta tersebut menentukan bahawa semua lelaki warga Singapura perlu melaksanakan tanggungjawab perkhidmatan awam untuk mempertahan negara kerana mereka sudah meraih faedah dan manfaat sebagai warga negara.

Beliau menambah tanggungjawab daripada kewarganegaraan asing yang mereka pilih tidak dapat mengecualikan mereka daripada melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Singapura.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan