Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga S'pura, Shahruddin Ibrahim, maut dalam kemalangan motosikal menuju KL

Seorang lelaki warga Singapura maut apabila motosikalya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di lebuh raya PLUS arah utara, dekat Plaza Tol Pedas/Linggi, hari ini (25 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga S'pura, Shahruddin Ibrahim, maut dalam kemalangan motosikal menuju KL

(Gambar: Harian Metro/ Polis Diraja Malaysia).

Diterbitkan : 25 Nov 2017 10:51PM Dikemas Kini : 26 Nov 2017 01:45AM

MALAYSIA: Seorang lelaki warga Singapura maut apabila motosikalya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di lebuh raya PLUS arah utara, dekat Plaza Tol Pedas/Linggi, hari ini (25 Nov).

Ketua Polis Rembau, Timbalan Superintendan (DSP) Ibrahim Sharif, berkata mangsa, Allahyarham Shahruddin Ibrahim, 49 tahun, sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Singapura apabila nahas itu berlaku pada 9.55 pagi, lapor Harian Metro.

Beliau menambah, motosikal itu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.

“Akibatnya, lelaki itu terpelanting dan tercampak masuk antara besi tengah penghadang jalan. Mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

DSP Ibrahim berkata motosikal mangsa pula tersasar dan terbabas ke sebelah kiri jalan lalu memasuki longkang.

“Polis menerima panggilan awam mengenai kejadian itu. Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tampin,” tambahnya.

Menurut laporan Harian Metro, keluarga Allahyarham sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan