Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga S'pura maut dalam nahas di Pulau Pinang

Seorang rakyat Singapura maut selepas motosikal besar yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan jalan antara Jalan Mount Erskine dengan Jalan Gottlieb awal pagi tadi (3 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga S'pura maut dalam nahas di Pulau Pinang

Kawasan berdekatan tempat berlakunya kemalangan. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 03 Oct 2018 09:38PM Dikemas Kini : 03 Oct 2018 09:44PM

GEORGE TOWN: Seorang rakyat Singapura maut selepas motosikal besar yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan jalan antara Jalan Mount Erskine dengan Jalan Gottlieb awal pagi tadi (3 Okt).

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zamani Che Awang mengatakan bahawa kemalangan berlaku pada jam 1.10 pagi.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Harvinder Singh Harbajan Singh, 42 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau cedera parah di bahagian kepala dan mengalami kecederaan di bahagian dadanya. Pemandu kereta jenis Perodua Alza yang terbabit dalam kemalangan itu bagiamanapun tidak cedera.

"Kemalangan berlaku ketika kereta Perodua Alza, yang berhenti semasa isyarat lampu merah menyala, ingin membelok ke kanan memasuki Jalan Mount Erskine selepas lampu hijau, dirempuh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan," kata ACP Che Zamani.

Beliau menambah, siasatan awal menunjukkan penunggang motosikal besar itu tidak berhenti dan mengikut isyarat lampu trafik.

Polis masih menjalankan siasatan.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan