Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga S'pura Imran Kassim didakwa sokong penerbitan propaganda ISIS

Seorang lelaki warga Singapura didakwa pada Isnin (15 Apr) kerana menyalurkan dana bagi menyokong penerbitan propaganda ISIS bagi tujuan pengganasan, menurut kenyataan media Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga S'pura Imran Kassim didakwa sokong penerbitan propaganda ISIS

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 05:26PM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 05:27PM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura didakwa pada Isnin (15 Apr) kerana menyalurkan dana bagi menyokong penerbitan propaganda ISIS bagi tujuan pengganasan, menurut kenyataan media Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Imran Kassim, 35 tahun, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Ogos 2017 kerana merancang untuk menyertai keganasan bersenjata di luar negara.

Siasatan serentak oleh Jabatan Ehwal Komersil (CAD) juga mendapati Imran memberi S$450 kepada seorang individu di Turki pada 31 Oktober 2014 bagi tujuan penerbitan propaganda ISIS.

"Tindakan menyalurkan wang bagi menyokong tujuan penganasan adalah satu kesalahan serius, tidak kira berapa jumlah yang disalurkan, di bawah Akta Pengganasan (Sekatan Pendanaan)," menurut MHA.

Jika sabit kesalahan, perintah tahanan ke atas Imran akan dibatalkan dan dia akan menjalani hukuman penjara yang dikeluarkan oleh mahkamah, menurut MHA.

"Untuk mengelakkan Imran daripada menyebarkan idea-idea radikal kepada penghuni penjara yang lain, dia akan ditahan secara berasingan dan akan terus menjalani pemulihan semasa di penjara," menurut kementerian itu lagi.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan