Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga S'pura ditahan dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan kejam

Seorang lelaki rakyat Singapura ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan kejam menyusuli penemuan lapan bahagian anggota tubuh manusia yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, berhampiran kawasan perindustrian Krubong petang Khamis (10 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga S'pura ditahan dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan kejam

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 11 Oct 2019 04:10PM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 04:58PM

MELAKA: Seorang lelaki rakyat Singapura ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan kejam menyusuli penemuan lapan bahagian anggota tubuh manusia yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, berhampiran kawasan perindustrian Krubong petang Khamis (10 Okt).

Menurut Ketua Polis Melaka, Mat Kasim Karim, suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa itu ditahan pihak berkuasa Singapura hari ini (11 Okt).

“Waran tangkap dikeluarkan di hadapan Majistret Melaka dan usaha sedang dijalankan untuk membawa suspek ke Malaysia. Siasatan lanjut akan diteruskan setelah tahanan reman ke atas suspek diperolehi," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Menurut Polis Melaka, bahagian tubuh badan itu ditemui oleh seorang pekerja pemotong rumput ketika menjalankan kerja penyelenggaraan sekitar kawasan itu semalam.

Seorang jurucakap polis Melaka memberitahu CNA bahawa kedua-dua mangsa adalah seorang wanita berusia 27 tahun dan budak lelaki berusia 11 tahun.

Berdasarkan siasatan awal, polis percaya pembunuhan itu dipercayai berlaku di rumah teres dua tingkat milik wanita itu.

Polis menemui kesan darah di sebuah bilik di tingkat bawah bangunan itu. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

CNA sudahpun menghubungi Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk mendapatkan komen.

Sumber : Bernama/CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan