Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga S'pura dinasihat tunda sebarang perjalanan dekat gunung berapi Taal di Filipina

Rakyat Singapura dinasihatkan agar menunda sebarang perjalanan ke kawasan dekat pulau gunung berapi Taal di Filipina, di tengah-tengah risiko "letusan kuat yang berbahaya" menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2020 08:21PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 12:42AM

SINGAPURA: Rakyat Singapura dinasihatkan agar menunda sebarang perjalanan ke kawasan dekat pulau gunung berapi Taal di Filipina, di tengah-tengah risiko "letusan kuat yang berbahaya" menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (13 Jan).

Dalam makluman nasihat perjalanan yang dikeluarkannya, MFA berkongsi bahawa Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) melaporkan peningkatan aktiviti gunung berapi di Taal pada Ahad dan menaikkan amaran ke Tahap 4, menandakan ledakan berbahaya boleh berlaku tidak lama lagi.

"Ini bermakna satu ledakan kuat berbahaya boleh berlaku dalam masa beberapa jam atau hari," menurut MFA.

Semua penduduk dalam lingkungan 14 kilometer dari kawah utama Taal dinasihatkan agar berpindah.

Kawasan di utara gunung berapi Taal juga dinasihatkan supaya berwaspada terhadap abu tebal dan berpanjangan, menurut makluman itu.

"Memandangkan perkembangan itu, warga Singapura dinasihatkan supaya menunda sebarang perjalanan ke kawasan terjejas," menurut MFA. Kementerian itu menambah bahawa sesiapa yang kini sudah berada di kawasan berdekatan seharusnya mengikuti berita tempatan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya demi keselamatan diri dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

MFA juga menasihatkan warga Singapura agar menyemak sebarang maklumat terkini dengan syarikat penerbangan atau agensi pelancongan berhubung gangguan penerbangan.

Mereka yang belum mendaftar secara online dengan MFA digalak melakukan demikian, selain sentiasa berhubungan dengan keluarga dan kenalan.

Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Filipina ataupun Pejabat Petugas MFA.

Kedutaan Singapura di Filipina

505 Rizal Drive, Bonifacio Global City, Taguig

Nombor telefon: +63 2 8856 9922

Talian kecemasan: +63 917 860 4740

Emel: singemb_mnl [at] mfa.sg

Pejabat Petugas MFA (24 Jam)

Tanglin, Singapura 248163

Nombor telefon: +65 6379 8800 / 8855

Emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan