Images
  • handcuff
    Gambar hiasan.

Warga M'sia gagal isytiharkan hampir $12 juta dibawa masuk ke S'pura

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Malaysia dikenakan 100 tuduhan gagal mengisytiharkan jumlah sebenar wang tunai yang dibawa masuk ke Singapura.

Abdul Jalil Sulaiman didakwa membawa masuk wang berjumlah hampir $12 juta ke Singapura antara September 2013 dengan April 2014 di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Wang itu dalam matawang Amerika dan dolar Australia.

Dokumen-dokumen mahkamah tidak menunjukan dari mana wang itu didapati atau bagi tujuan apa wang itu dibawa masuk ke Singapura.

Di bawah undang-undang, seseorang yang gagal mengisytiharkan untuk membawa masuk wang melebihi $30,000 ke Singapura boleh didenda, penjara atau kedua-duanya sekali.

- CNA/MM/sm

Top