Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga asing tidak perlu lagi cap pasport bila keluar Singapura

Mulai 22 April, warga asing di sini tidak perlu lagi mendapatkan cap pasport ketika meninggalkan Singapura, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu (17 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga asing tidak perlu lagi cap pasport bila keluar Singapura

Gambar fail Pusat Pemeriksaan Woodlands (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 11:40AM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 11:43AM

SINGAPURA: Mulai 22 April, warga asing di sini tidak perlu lagi mendapatkan cap pasport ketika meninggalkan Singapura, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu (17 Apr).

ICA menyatakan ia tidak akan lagi mengecap tarikh pelepasan bagi dokumen perjalanan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkemas prosedur di pusat pemeriksaan dan mempercepat proses pelepasan imigresen.

Sebelum ini kesemua warga asing yang meninggalkan Singapura perlu menunjukkan pasport mereka untuk dicap dengan tarikh pelepasan oleh pegawai imigresen di kaunter bertugas.

"Sejak September 2016, warga asing yang sudah mendaftar cap jari mereka dalam sistem BioScreen semasa ketibaan di Singapura layak untuk menggunakan lorong automatik semasa meninggalkan Singapura. Mereka tidak perlu lagi mendapat cap pengesahan ketika meninggalkan Singapura menerusi lorong automatik, menurut ICA.

ICA menyatakan pihaknya akan memaklumkan pihak-pihak berkuasa luar negara tentang penghentian proses cap pengesahan pelepasan imigresen itu.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman ICA.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan