Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Waran tangkap dikeluarkan ke atas remaja aksi TikTok yang ceroboh kandang badak sumbu

Waran tangkap dikeluarkan ke atas seorang remaja yang berdepan beberapa tuduhan termasuk menceroboh masuk kandang badak sumbu di Taman Haiwan Singapura untuk melakukan aksi 'backflip' serta membunuh seekor katak di sebuah hartanah di Sentosa Cove.

Anggaran Waktu Membaca:
Waran tangkap dikeluarkan ke atas remaja aksi TikTok yang ceroboh kandang badak sumbu

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 05 Nov 2021 05:14PM Dikemas Kini : 05 Nov 2021 05:15PM

SINGAPURA: Waran tangkap dikeluarkan ke atas seorang remaja yang berdepan beberapa tuduhan termasuk menceroboh masuk kandang badak sumbu di Taman Haiwan Singapura untuk melakukan aksi 'backflip' serta membunuh seekor katak di sebuah hartanah di Sentosa Cove.

Ini selepas dia gagal menghadirkan diri ke mahkamah bagi perbicaraan hari ini (5 Nov).

Ibu bapanya tidak berjaya mengejutnya, kata peguam daripada syarikat Withers, Encik Khattar Wong kepada mahkamah, sambil menggesa hakim mengeluarkan waran tangkap supaya para pegawai polis boleh membantu.

Ralph Wee Yi Kai, 19 tahun, awalnya didakwa pada Julai atas empat tuduhan melakukan perbuatan nakal, pencerobohan jenayah dan merosakkan harta benda awam.

Tuduhan-tuduhan itu adalah atas kesalahan menceroboh kandang badak sumbu di taman haiwan pada 17 Disember 2020, memecahkan cermin kereta Mercedes-Benz dan BMW pada October 2020 dan merosakkan panel maklumat di sebuah perhentian bas.

Wee kemudian dikenakan lagi banyak tuduhan kerana menyebabkan kesakitan dan penderaan yang tidak perlu terhadap seekor katak di sebuah kediaman di Sentosa Cove sehari sebelum Hari Krismas pada 2020.

Katak itu mati selepas Wee menyasarkan bola ke arahnya di atas meja foosball. Wee juga didakwa mengambil sejenis bahan cannabinol sekitar 6 Ogos 2021.

Wee sepatutnya datang ke mahkamah daerah bagi semakan ikat jamin pada petang ini.

Dia diikat jamin S$20,000 tetapi pihak pendakwa memintak perbicaraan semakan dilakukan dengan segera kerana berhasrat untuk membatalkan ikat jaminnya itu atas dakwaan kesalahan-kesalahan baru.

Ketua pegawai siasatan memberitahu pendakwa bahawa Wee berulang kali melakukan kesalahan sewaktu diikat jamin dengan empat kesalahan baru berpotensi dikenakan ke atasnya. Salah satu daripadanya adalah memotong peranti elektronik pengesanan pada 26 Oktober, kata Cik Melissa Lee.

Wee juga tidak melaporkan diri untuk menjalani ujian air kencing sejak pertama kali ditahan. Ini juga merupakan "kesalahan berulang", tambah beliau.

Hakim berkata bahawa Wee harus ditangkap.

Hakim kemudian mengeluarkan waran tangkap. Pihak pembela berkongsi maklumat bahawa Wee sekarang berada di rumah dan diarahkan untuk bekerjasama dengan pendakwa tentang perkara itu.

Wee dijadualkan untuk mengaku bersalah pada 22 November.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan