Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita yang saman PUB S$5 juta setelah jatuh dalam lurang terima tawaran penyelesaian

Seorang wanita yang menyaman PUB bagi menuntut ganti rugi S$5 juta setelah terjatuh ke dalam lurang dan mengalami pelbagai kecederaan fizikal dan psikologi sudah menerima tawaran untuk menyelesaikannya dengan pihak PUB dan akan menarik balik tuntutannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita yang saman PUB S$5 juta setelah jatuh dalam lurang terima tawaran penyelesaian

Chan Hui Peng. (Gambar: Dokumen mahkamah)

Diterbitkan : 27 Nov 2020 09:34AM Dikemas Kini : 27 Nov 2020 09:37AM

SINGAPURA: Seorang wanita yang menyaman PUB bagi menuntut ganti rugi S$5 juta setelah terjatuh ke dalam lurang dan mengalami pelbagai kecederaan fizikal dan psikologi sudah menerima tawaran untuk menyelesaikannya dengan pihak PUB dan akan menarik balik tuntutannya.

Ini selepas perbicaraan masuk hari keempat dengan peguam Cik Chan Hui Peng menerima tawaran tersebut pada lewat Khamis malam (26 Nov).

Cik Chan mengemukakan tuntutan S$5 juta, yang disesuaikan daripada angka asal iaitu S$20 juta bagi insiden yang berlaku lima tahun lalu di Kovan.

Beliau terjatuh ke dalam lurang sedalam 2 meter di persimpangan antara Simon Road dan Upper Serangoon Road pada pagi 1 Dis 2015.

Beliau mengalami beberapa kecederaan termasuk pergelangan kaki yang patah, lebam dan tidak dapat berlari dan mengalami perubahan pada gaya berjalan, parut pada anggota badannya dan kesakitan pada bahagian bawah badannya. Selain itu, beliau mengalami kecederaan psikiatri seperti keresahan dan serangan panik. Beliau turut mendakwa mengalami gangguan tekanan pasca trauma, gangguan kemurungan dan skizofrenia.

Beliau menyaman PUB bagi menuntut ganti rugi atas kesakitan dan kesengsaraan yang dialaminya, perbelanjaan perubatan pada masa akan datang, kehilangan peluang untuk mempunyai anak, kos bagi seorang penjaga dan hilang keupayaan mencari nafkah dan menjana pendapatan pada masa akan datang.

Penerimaannya terhadap tawaran sulit itu, yang dibuat oleh para peguam PUB Encik Anparasan Kamachi, Cik Grace Tan Hui Ying and Encik Shanen Nanoo Siva Das dari WhiteFern LLC, dipersetujui selepas Encik Anparasan menuduhnya membesar-besarkan insiden tersebut dan mengambil kesempatan daripada kecederaan yang didakwanya akibat kemalangan itu.

Ini selepas Cik Grace Tan Hui Ying membentangkan penilaian psikiatri menyeluruh dari Hospital Tan Tock Seng dari April 2016 hingga Disember 2016.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan