Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita yang dera, bunuh pembantu rumah Myanmar dihukum penjara 30 tahun

Seorang wanita 41 tahun yang membunuh pekerja pembantu hijrahannya selepas berkali-kali mendera mangsa sepanjang tempoh 14 bulan dihukum penjara 30 tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jun 2021 03:45PM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 10:45PM

SINGAPURA: Seorang wanita 41 tahun yang membunuh pekerja pembantu hijrahannya selepas berkali-kali mendera mangsa sepanjang tempoh 14 bulan dihukum penjara 30 tahun.

Pada Februari lalu, Gaiyathiri Murugayan mengaku bersalah atas 28 tuduhan termasuk membunuh tanpa niat, sengaja mencederakan dengan membiarkan pembantunya kebuluran, menggunakan bahan panas dan menahan secara paksa.

Cik Piang Ngaih Don, warga Myanmar 24 tahun, meninggal dunia pada pagi 26 Julai 2016 selepas diserang oleh Gaiyathiri dan ibunya sehingga tulang kerongkong mangsa retak selain mengalami cedera otak.

Sepanjang sekitar 14 bulan, Cik Piang Ngaih Don bekerja dengan Gaiyathiri pada Mei 2015, beliau ditendang, ditumbuk dan dipukul menggunakan dengan perkakas rumah seperti penyapu dan senduk besi.

Gaiyathiri juga mengangkat Piang Ngaih Don dengan menarik rambutnya, menghayun mangsa hingga rambutnya tercabut bahkan pernah mengenakan seterika kepada tangan mangsa hingga melecur.

Gaiyathiri sebelum ini dkenakan tuduhan membunuh seperti disaranankan Peguam Negara tetapi dikurangkan kepada tuduhan membunuh tanpa niat selepas bukti-bukti lain ditemui.

Selain mengalami gangguan tekanan besar, Gaiyathiri juga mengalami gangguan kepribadian obsesif kompulsif yang sebelum ini dibentangkan di mahkamah sebagai pengaruh besar dia melakukan kesalahan. Para peguam bela juga mengetengahkan bahawa tertuduh mengalami kepayahan menjaga anak-anaknya yang sakit.

Suami Gaiyathiri, Kelvin Chelvam, bekas pegawai polis yang sudah digantung kerja, menghadapi lima tuduhan berhubung kes itu selain berbohong kepada polis bahawa CCTV dalam flatnya sudah dibuka.

Kes ibu Gaiyathiri, Prema Naraynasam sedang disiasat.  

Sumber : CNA/SM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan