Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita terperangkap bawah bas di Sengkang meninggal dunia pagi tadi

Wanita yang dilanggar bas di Sengkang petang semalam (17 Nov) meninggal dunia di hospital pagi tadi (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita terperangkap bawah bas di Sengkang meninggal dunia pagi tadi

Anggota SCDF menyelamatkan wanita terperangkap di bawah bas. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 18 Nov 2017 04:22PM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 04:29PM

SINGAPURA: Wanita yang dilanggar bas di Sengkang petang semalam (17 Nov) meninggal dunia di hospital pagi tadi (18 Nov).

Mediacorp difahamkan bahawa Cik Huan Luyang, 38 tahun, disahkan meninggal dunia pada 3.40 pagi di Hospital Khoo Teck Puat.

Kemalangan itu berlaku di persimpangan antara Anchorvale Road dan Sengkang East Way sekitar 2.40 petang. Mediacorp difahamkan bahawa Cik Huan terperangkap di bawah sebuah bas SBS Transit.

Gambar-gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan bas berkenaan tidak bergerak di tepi jalan sementara orang ramai berkerumun, termasuk kakitangan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Wanita itu dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedar dan dikatakan berada dalam keadaan kritikal.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan