Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita S’pura maut susuli liposuction di India

Seorang wanita rakyat Singapura yang berusia 35 tahun meninggal dunia disebabkan serangan jantung menyusuli pembedahan liposuction di sebuah hospital di Chennai pada pagi Khamis lalu (9 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita S’pura maut susuli liposuction di India

Gambar fail: PHILIPPE HUGUEN/AFP

Diterbitkan : 11 Nov 2017 08:15AM Dikemas Kini : 11 Nov 2017 08:20AM

CHENNAI: Seorang wanita rakyat Singapura yang berusia 35 tahun meninggal dunia disebabkan serangan jantung menyusuli pembedahan liposuction di sebuah hospital di Chennai pada pagi Khamis lalu (9 Nov).

Cik Alicia Medanin Khan dimasukkan ke Hospital Pakar S R di Arumbakkam pada Rabu lalu (8 Nov) untuk menjalani pembedahan bagi mengurangkan berat badannya yang pada waktu itu 85 kilogram, menurut laporan Times of India.

Selepas pembedahan, Cik Khan dipindahkan ke unit penjagaan rapi. Suaminya mendakwa bahawa para doktor tidak membenarkannya untuk bertemu dengan Cik Khan selepas pembedahan itu kerana beliau mengalami pelbagai komplikasi.

Encik Vijayakumar, seorang peniaga di Singapura, diberitahu bahawa para doktor harus menjalankan pemantauan terhadap Cik Khan selama 24 jam sebelum mengisytiharkan bahawa pembedahan itu berjaya. Pada hari Khamis, pukul 1.30 pagi, Cik Khan tiba-tiba meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Para doktor menolak permintaan Encik Vijayakumar untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan isterinya, menurut laporan Times of India. Mayat Cik Khan kemudian dibedah siasat.

“Kami selesai pembedahan pada 5.30 petang pada hari Rabu dan wanita berkenaan dipindah ke wad setelah menjalani pembedahan untuk dipantau keadaannya oleh pegawai perubatan. Setelah hampir enam jam, beliau meninggal dunia kerana serangan jantung,” demikian menurut kenyataan pihak hospital.

Menurut laporan Times of India, Encik Vijayakumar sudah membuat aduan polis terhadap pentadbir hospital dan para doktor kerana tidak mendedahkan keadaan isterinya sebelum dan selepas pembedahan. Beliau juga mendakwa bahawa isterinya meninggal dunia disebabkan kecuaian proses perubatan.

Buat masa ini, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian luar biasa.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan