Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita rakyat S'pura yang terlibat dalam kemalangan di Australia meninggal dunia di hospital

Seorang wanita rakyat Singapura yang terlibat dalam kemalangan di Victoria, Australia pada Sabtu lalu (24 Nov) meninggal di hospital. Demikian menurut polis wilayah itu dalam satu kenyataan media pada Rabu (28 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Nov 2018 03:30PM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 09:52PM

SINGAPURA: Seorang wanita rakyat Singapura yang terlibat dalam kemalangan di Victoria, Australia pada Sabtu lalu (24 Nov) meninggal di hospital. Demikian menurut polis wilayah itu dalam satu kenyataan media pada Rabu (28 Nov).

Mangsa yang berusia 20 tahun, merupakan antara lima rakyat Singapura yang berada dalam kereta yang dipandu oleh Nasuha Nasser.

Dua penumpang, juga berusia 20 tahun, berada dalam keadaan stabil di hospital, menurut polis Victoria.

Salah seorang daripada mereka adalah adik kembar Nasuha. Menurut 9News beliau diterbangkan ke Hospital Diraja Melbourne selepas cedera di bahagian kepala dan dada.

Nasuha, 21 tahun, didakwa pada Isnin (26 Nov) atas kerana cuai dan memandu dalam keadaan berbahaya sehingga mengakibatkan kecederaan parah.

Dakwaan tersebut akan disemak semula, menurut polis Victoria, kerana salah seorang penumpang yang cedera sudah meninggal dunia.

Kemalangan pada Sabtu (24 Nov), berlaku di persimpangan antara Remembrance Drive dengan Madden Road di Windermere, 130 kilometer dari Melbourne.

Nasuha didakwa gagal berhenti di persimpangan tersebut meskipun isyarat menunjukkan sebaliknya menyebabkan kereta Renault yang dipandu beliau bertembung dengan sebuah kereta berwarna putih lain sebelum melanggar sebatang pokok.

Nasuha dibenarkan ikat jamin dan dijadual dihadapkan di Mahkamah Majistret Ballarat pada 21 Feb.

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan