Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita mengaku bersalah sebabkan kematian kawan dalam kemalangan

Seorang wanita 25 tahun mengaku bersalah menyebabkan kematian kawannya selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan bas SMRT tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita mengaku bersalah sebabkan kematian kawan dalam kemalangan

Nahas berlaku di persimpangan antara Jalan Anak Bukit dengan Jalan Jurong Kechil. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 14 Mar 2019 05:35PM Dikemas Kini : 14 Mar 2019 05:38PM

SINGAPURA: Seorang wanita 25 tahun mengaku bersalah menyebabkan kematian kawannya selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan bas SMRT tahun lalu.

Mahkamah diberitahu bahawa Honami Lam Qixin dan teman lelakinya mempelawa Jasmine Lim Jia Yan, 23 tahun, untuk menumpang keretanya selepas menghadiri sambutan ulang tahun teman lelaki Lim di kondominium Pine Grove berdekatan Ulu Pandan Road.

Namun, mereka terlibat dalam kemalangan apabila kereta Lam bertembung dengan sebuah bas SMRT pada sekitar 1.00 pagi pada 22 April.

Cik Lim meninggal dunia di hospital lewat pagi itu.

Lam, pemandu kereta tersebut, mengaku bersalah menyebabkan kematian Cik Lim akibat tindakan lalai.

Mahkamah diberitahu bahawa Lam gagal mematuhi lampu isyarat di persimpangan Jalan Anak Bukit dengan Jalan Jurong Kechil dan tidak memberi laluan kepada bas tersebut ketika lampu isyarat menunjukkan warna hijau.

Pertembungan tersebut menyebabkan kereta Lam terpusing serta cermin depan dan kirinya retak. Kereta tersebut juga remuk di bahagian kiri.

Cik Lim dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan (NUH) dan meninggal dunia pada sekitar 7.00 pagi pada hari yang sama.

Lam dan teman lelakinya dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong. Teman lelakinya mengalami lebam di dada dan sakit di lututnya.

Dia akan kembali ke mahkamah untuk menerima hukuman pada 29 Mac. Jika sabit kesalahan menyebakan kematian atas tindakan cuai, dia boleh dipenjara hingga dua tahun, disaman atau kedua-duanya dan diharamkan daripada memandu.  

Sumber : CNA/SM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan