Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita mengaku bersalah lakukan penipuan di Carousell

Seorang wanita berumur 20 tahun mendaftar di Carousell tahun lalu, kononnya sebagai seorang penjual barangan elektronik seperti komputer riba dan telefon bimbit. 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita mengaku bersalah lakukan penipuan di Carousell

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2018 08:55PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 08:56PM

SINGAPURA: Seorang wanita berumur 20 tahun mendaftar di Carousell tahun lalu, kononnya sebagai seorang penjual barangan elektronik seperti komputer riba dan telefon bimbit. Dalam tempoh 11 hari, dia berjaya menipu seramai empat mangsa sebanyak S$2,470.

Pada hari Khamis (21 Jun), dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menipu, yakni kesalahan yang membawa hukuman sehingga 10 tahun penjara dan denda. Lagi empat tuduhan serupa akan diambil kira semasa dia dijatuhi hukuman.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Siti Norhaliza Kamis, yang menggelar dirinya "reselleritems" di Carousell, akan meletakkan beberapa iklan di wadah pembelian online itu menggunakan imej-imej rambang barangan elektronik.

Dalam satu kes, seorang mangsa membuat pesanan untuk sebuah komputer riba ASUS yang bernilai S$900, dan membayar sebanyak S$450 melalui pemindahan dana kepada Norhaliza. Beberapa hari kemudian, mangsa membuat bayaran sekali lagi sebanyak S$450 tetapi tidak menerima komputer riba tersebut.

Seorang lagi mangsa memindahkan sebanyak S$1,220 ke akaun bank Norhaliza untuk komputer riba ASUS bernilai S$1,300 yang juga tidak diterima.

Kedua-dua mangsa kemudian membuat aduan polis.

Timbalan Pendakwa Raya Tow Chew Chi berkata bahawa Norhaliza membelanjakan semua wang yang dia terima daripada mangsa-mangsa, sebahagiannya untuk membeli pakaian. Tiada sebarang wang dipulangkan kepada mangsa-mangsa.

Norhaliza dijangka dijatuhi hukuman pada 19 Julai.

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan