Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita mengaku bersalah ganggu jiran 2 kali, letak daging mentah di depan pintu rumah

Dengan niat untuk menakut-nakutkan jirannya dan memberinya amaran, seorang wanita meletakkan daging lembu mentah di pintu lelaki itu dan menjerit sebelum meninggalkan tempat tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita mengaku bersalah ganggu jiran 2 kali, letak daging mentah di depan pintu rumah

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 21 Apr 2021 08:42PM Dikemas Kini : 21 Apr 2021 08:44PM

SINGAPURA: Dengan niat untuk menakut-nakutkan jirannya dan memberinya amaran, seorang wanita meletakkan daging lembu mentah di pintu lelaki itu dan menjerit sebelum meninggalkan tempat tersebut.

Namun, dia sebaliknya menimbulkan rasa takut pada ibu lelaki itu, seorang penganut agama Hindu yang tidak makan daging lembu.

Farhana Mohamed Suwati, 31 tahun, mengaku bersalah pada Rabu (21 Apr) atas satu tuduhan setiap satu bagi perbuatan nakal dan menggunakan perbuatan menghina dengan niat menyebabkan rasa bimbang. Tuduhan ketiga diambil kira dalam menentukan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Farhana tinggal berjiran dengan mangsa, seorang lelaki berusia 48 tahun dan ibunya yang berusia 79 tahun.

Pada satu malam pada Mei 2020, Farhana menghampiri flat mangsa lalu meletakkan daging mentah di depan pintu. Dia menjerit 'wei' lalu berlalu pergi.

Ibu mangsa yang ketika itu berada di rumah berasa takut dan marah, "terutama sekali kerana beliau merupakan penganut agama Hindu dan tidak makan atau menyentuh daging lembu", menurut dokumen mahkamah.

Saudara mangsa membuat aduan polis bahawa jiran mereka mencampak sesuatu ke arah flat mereka dan mereka mempunyai "sejarah sebelum ini".

Farhana kemudian berkata dia melakukan kesalahan itu kerana dia fikir bahawa anak lelaki wanita itu mencabulnya pada awal 2019. Dia ingin menakut-nakutkan mangsa dan memberinya amaran kerana dia percaya bahawa lelaki itu berada di dalam flat pada ketika itu.

Pada 10 Sep 2020, kedua-dua mangsa berada di rumah dan membiarkan pintu terbuka apabila Farhana menghampiri flat mereka lalu menghamburkan kata-kata kesat ke arah mereka berdua. Dia kemudian mencabut lima panel tingkap aluminium dan tiga batang besi dari tingkap bilik tamu mangsa lalu mencampak panel-panel tingkap itu ke dalam flat mereka.

Farhana berbuat demikian kerana dia mudah terjejas oleh bunyi bising yang menimbulkan kemarahannya. Pada awal hari itu, dia terdengar bunyi batuk dari rumah mangsa. Dia kemudian terdengar bunyi lagi dari flat berkenaan semasa membuang sampah lalu hilang sabar.

Lembaga Perumahan dan Pembangunan membayar S$82.73 untuk membaiki tingkap itu.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan jika tertuduh mengalami sebarang penyakit mental, namun hakim meminta bagi satu laporan dilakukan untuk menilai kesesuaiannya menjalani arahan rawatan wajib dan menangguhkan perbicaraan ke bulan depan.

Atas kesalahan melakukan perbuatan nakal, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan didenda. Bagi kesalahan menggunakan perbuatan menghina untuk menyebabkan rasa takut, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan