Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita Melayu kian proaktif cuba senaman air; penyertaan naik 70%

Wanita Melayu yang menceburi senaman air seperti Akuarobik dan Renang naik 70 peratus dalam masa setahun. Selain kelas-kelas berbayar, para peserta juga semakin memanfaatkan kelas-kelas percuma di bawah inisiatif ActiveSG.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Melayu kian proaktif cuba senaman air; penyertaan naik 70%

Kaum Hawa kian aktif ceburi senaman air.

BERITAMediacorp: Wanita Melayu yang menceburi senaman air seperti Akuarobik dan Renang naik 70 peratus dalam masa setahun. Selain kelas-kelas berbayar, para peserta juga semakin memanfaatkan kelas-kelas percuma di bawah inisiatif ActiveSG.

Dalam kelas Akuarobik di Kolam Renang Choa Chu Kang, misalnya, hanya empat orang peserta Melayu dan dua Cina yang mengambil bahagian semasa ia baru dimulakan.

Namun, lebih setahun kemudian, jurulatihnya Encik Azhar, mengajar lebih 100 peserta. Sekitar 80 peratus pula peserta Melayu.

Kegiatan senaman itu menarik minat, sehingga bukan penduduk kawasan perumahan berdekatan sahaja yang menyertainya, malah peserta yang datang sejauh penduduk Punggol dan Toa Payoh.

Ada yang menyertai senaman air ini dek didorong nasihat doktor, bagi mengatasi masalah anggota tubuh yang haus seperti lutut, akibat faktor usia.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan