Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita hambur komen berbaur perkauman didakwa atas gangguan awam, jejas keharmonian kaum

Seorang wanita yang membuat komen berbaur penghinaan tentang penumpang MRT yang lain berdasarkan kaum mereka akan didakwa pada Jumaat (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita hambur komen berbaur perkauman didakwa atas gangguan awam, jejas keharmonian kaum
Diterbitkan : 18 Jun 2021 01:02PM Dikemas Kini : 18 Jun 2021 01:04PM

SINGAPURA: Seorang wanita yang membuat komen berbaur penghinaan tentang penumpang MRT yang lain berdasarkan kaum mereka akan didakwa pada Jumaat (18 Jun).

Tan Beow Hiong didakwa atas satu tuduhan menyebabkan gangguan awam dan dua tuduhan secara terang-terangan melakukan perbuatan yang menjejas keharmonian antara kumpulan agama atau kaum berlainan serta mengganggu atau berkemungkinan boleh mengganggu ketenteraman awam.

Tan akan direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi penilaian psikiatri. Dia tidak diwakili dan membuat permohonan untuk mendapatkan peguam di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah.

Komen-komen yang dihamburkan oleh Tan semasa perjalanannya dalam MRT dirakam dalam satu video yang tular pada April lalu.

Dalam video itu, Tan berkata: "Melayu, ya? Okey, patutlah," kepada seorang lagi penumpang. Suara seorang lelaki kemudian kedengaran berkata: "Rasis."

Kemudian dalam video itu, Tan berkata dia "tidak akan bergaul dengan mereka kerana mereka sangat berbeza".

Sebuah akaun YouTube yang dipercayai milik Tan dipadamkan kerana melanggar dasar gangguan dan buli siber wadah itu.

Dia juga dipecat majikannya Knight Frank Singapore, menurut agensi hartanah itu dalam satu catatan Facebook pada April.

Jika sabit kesalahan, Tan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan