Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita Filipina dipenjara kerana serah diploma palsu bagi permohonan status PR

Seorang wanita Filipina yang membuat kenyataan palsu tentang kelayakan pendidikannya kepada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dijatuhi hukuman penjara tujuh minggu hari ini (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Filipina dipenjara kerana serah diploma palsu bagi permohonan status PR

Noriza Dancel De Luna dihukum penjara 7 minggu. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 10:53PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 10:55PM

SINGAPURA: Seorang wanita Filipina yang membuat kenyataan palsu tentang kelayakan pendidikannya kepada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dijatuhi hukuman penjara tujuh minggu hari ini (14 Jan).

Noriza Dancel De Luna, 38 tahun, menyerahkan sijil diploma dan transkrip daripada Universiti Centro Escolar di Manila dalam permohonan bagi status penduduk tetap untuk dirinya dan anak perempuannya, pada tahun 2008 dan 2009.

Semasa membuat pengesahan, ICA mendapati universiti tersebut tiada rekod pendaftaran De Luna dan dokumen-dokumen yang diserahkan kepada ICA bukan diperolehi daripada universiti itu.

De Luna kemudian ditangkap pada 25 Oktober 2017. Kes itu terbongkar menyusuli siasatan yang dijalankan, menurut ICA.

"ICA memandang serius terhadap sesiapa yang menyerahkan maklumat palsu atau menyembunyikan maklumat semasa membuat permohonan bagi sebarang kemudahan imigresen Singapura," menurut ICA.

"Sesiapa yang didapati membuat kenyataan palsu dalam permohonan mereka bagi sebarang kemudahan imigresen di Singapura akan ditangani dengan tegas menurut undang-undang negara."

Kemudahan imigresen mereka boleh disekat atau ditarik balik, tambah ICA. Jika sabit kesalahan, status anggota keluarga mereka juga akan disemak semula oleh ICA.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan