Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita ditemui mati di kampus Kolej Tengah ITE

Seorang wanita ditemui mati di kampus Kolej Tengah ITE di Ang Mo Kio yang dipercayai akibat tikaman pada Khamis (19 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditemui mati di kampus Kolej Tengah ITE

Petikan gambar Google Street View kampus ITE di Ang Mo Kio.

Diterbitkan : 19 Jul 2018 11:06PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 11:08PM

SINGAPURA: Seorang wanita ditemui mati di kampus Kolej Tengah ITE di Ang Mo Kio yang dipercayai akibat tikaman pada Khamis (19 Jul).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang insiden itu pada sekitar 7.40 malam dan mengerahkan dua ambulans ke tempat kejadian.

Setibanya SCDF di tempat kejadian, wanita berkenaan sudah meninggal dunia.

Seorang lelaki yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan