Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita ditangkap sembunyikan 7 paket rokok dalam tuala wanita

Seorang wanita berusia 41 tahun ditangkap pada Selasa (16 Apr) kerana cuba untuk menyeludup masuk tujuh kotak rokok ke Singapura dengan menyembunyikan ia di dalam paket tuala wanita 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditangkap sembunyikan 7 paket rokok dalam tuala wanita

Wanita 41 tahun ditahan di Pusat Kapal Persiaran Singapura. (Gambar: ICA)0

Diterbitkan : 19 Apr 2019 12:17AM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 12:19AM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 41 tahun ditangkap pada Selasa (16 Apr) kerana cuba untuk menyeludup masuk tujuh kotak rokok ke Singapura dengan menyembunyikan ia di dalam paket tuala wanita serta di antara helaian pakaian dalam bagasinya.

Penduduk Tetap Singapura itu ditahan di Pusat Kapal Persiaran Singapura apabila para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mendapati ada keganjilan pada imbasan imej beg galas serta bagasi wanita itu.

Menurut ICA dalam catatan Facebook: "Pemeriksaan lanjut mendapati tujuh paket rokok yang tidak dibayar cukai terselit di dalam paket tuala wanita dan di antara helaian pakaian dalam bagasi tersebut.

"Kes itu dirujukkan kepada Kastam Singapura untuk disiasat."

ICA menambah kaedah penyembunyian sedemikian menjadi keprihatan kerana kaedah serupa boleh digunakan oleh orang yang berniat jahat untuk menyeludup masuk barang-barang yang ada kaitan dengan keselamatan ke Singapura.

Penguasa itu menyatakan: "ICA akan terus melakukan pemeriksaan keselamatan untuk mencegah percubaan menyeludup." 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan