Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita dijel kerana curi suratkhabar dari pintu flat HDB

Seorang wanita yang mencuri suratkhabar The Straits Time dan The New Paper dari pintu-pintu flat HDB dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu dan 10 hari pada Rabu (29 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dijel kerana curi suratkhabar dari pintu flat HDB

Gambar fail.

Diterbitkan : 30 May 2019 07:05PM Dikemas Kini : 30 May 2019 07:09PM

SINGAPURA: Seorang wanita yang mencuri suratkhabar The Straits Time dan The New Paper dari pintu-pintu flat HDB dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu dan 10 hari pada Rabu (29 Mei).

Wong Kee Heay, seorang penganggur berusia 59 tahun, juga mencuri barang runcit dari sebuah lori. Dia mengaku bersalah atas lima tuduhan mencuri, dengan lagi tujuh juga diambil kira.

Wong mencuri suratkhabar bernilai S$1 hingga S$1.10 yang di selitkan dalam pagar flat-flat di Ang Mo Kio antara November tahun lalu dan Mac tahun ini.

Seorang penjual suratkhabar membuat aduan polis yang pertama pada Disember tahun lalu dan sekali lagi pada Mac tahun ini setelah menerima banyak aduan daripada pelanggan suratkhabar yang berkata bahawa mereka tidak mendapat suratkhabar masing-masing.

Dalam satu insiden, rakaman kamera polis (POLCAM) menunjukkan Wong berkelakuan meragukan pada sekitar jam 4.00 pagi di Blok 346 Ang Mo Kio Avenue 3 pada 18 Dec tahun lalu.

Rakaman cctv dari sebuah unit menunjukkan Wong berjalan di koridor dengan tangan kosong bagaimanapun, 30 saat kemudian memegang suratkhabar di tangannya, menurut Pegawai Pendakwa Raya Raj Kishore Rai.

Menurut penjual suratkhabar yang memfailkan aduan polis itu, beliau mengalami kerugian lebih S$20 bagi setiap penghantaran tambahan untuk menggantikan suratkhabar yang dilaporkan hilang.

Wong mengaku mengambil suratkhabar tersebut. Daripada tempoh hukuman penjara, 10 hari ditambah, kerana dia melakukan pencurian suratkhabar itu semasa hukuman penjaranya disingkatkan bagi kesalahan-kesalahan sebelumnya.

Selain mencuri suratkhabar, dia mencuri roti dan daging babi beku dari sebuah lori penghantaran di Blok 712 Ang Mo Kio Avenue 6 pada sekitar jam 5.40 pagi pada 29 Jul 2017.

Dia memulangkan barangan itu kepada pemandu lori itu setelah pemandu itu menahannya dan menelefon polis.

Bagi setiap tuduhan mencuri, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan