Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita dihukum penjara dera amah, paksa mandi depannya

Seorang wanita yang mendera pembantu rumahnya secara psikologi dan fizikal, memanggilnya "berbau busuk" dan menendang alat kelaminnya, dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan dua minggu pada Selasa (17 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dihukum penjara dera amah, paksa mandi depannya

Rosdiana Abdul Rahim. (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 17 Aug 2021 10:23PM Dikemas Kini : 17 Aug 2021 10:26PM

SINGAPURA: Seorang wanita yang mendera pembantu rumahnya secara psikologi dan fizikal, memanggilnya "berbau busuk" dan menendang alat kelaminnya, dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan dua minggu pada Selasa (17 Ogos).

Rosdiana Abdul Rahim, 33 tahun, juga diarah membayar pampasan S$2,500 kepada mangsa atau menjalani lagi 11 hari jel jika tidak.

Hakim bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa perlindungan bagi pembantu rumah hijrahan yang mudah terjejas adalah suatu hal kepentingan awam dan individu-individu sedemikian perlu perlindungan khas di bawah undang-undang.

Rosdiana sebelum ini didapati bersalah bagi enam tuduhan termasuk menghina kehormatan pembantunya, menggunakan kekerasan jenayah, menyebabkan kecederaan dan membuat ugutan jenayah.

Mangsa yang kini berusia 21 tahun datang ke Singapura dari Indonesia untuk bekerja di sini pada September 2017.

Beliau tidak mempunyai hari cuti atau dibayar gaji selama tiga bulan.

Tugasnya termasuk melakukan kerja rumah dan menjaga anak kembar majikannya di rumah ibu Rosdiana pada siang hari.

Beliau juga tidak dibenarkan berehat pada siang hari dan selalu dipantau oleh keluarga Rosdiana.

Sebulan selepas bekerja dengan majikannya itu, mangsa disuruh menunjukkan bagaimana beliau mandi dengan Rosdiana mengadu pembantu rumah itu berbau busuk.

Rosdiana juga menarik tangan mangsa dan menolaknya ke dalam tandas, menyiram air dan meletakkan syampu di kepalanya.

Mangsa juga disuruh menukar pakaian di depan, tingkap yang terbuka.

Tiga lagi kejadian penganiayaan terhadap mangsa berlaku pada Disember 2017.

Rosdiana melumur bedak bayi ke seluruh wajah pembantu rumah itu setelah memanggilkan buruk dan melarangnya menggunakan tuala di hotel apabila berasa sejuk.

Rosdiana juga mencubit buah dada mangsa di depan suaminya selain menendang pembantu rumah itu dua kali di alat kelaminnya.

Dia kemudian menolak pintu almari ke lengan Cik Mayang.

Tanpa memberitahu mangsa, Rosdiana dan suaminya meninggalkan pembantu rumah itu di depan pintu agensinya, sehari kemudian.

Mangsa membuat laporan polis pada 12 Disember 2017.

Bagi kesalahan menghina kehormatan mangsa, Rosdiana boleh dipenjara hingga satu tahun, didenda, atau kedua-dua hukuman.

Rosdiana boleh dihukum penjara hingga dua tahun, denda hingga $5,000, atau kedua-dua hukuman kerana sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pembantunya.

Hukuman itu boleh ditambah hingga satu setengah kali ganda kerana mangsa adalah pembantu rumah.

Atas kesalahan tidak memberi rehat yang mencukupi dan menganiaya pembantu rumahnya, Rosdiana boleh dihukum penjara sehingga setahun, didenda tidak lebih S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan