Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita didenda kerana buang kucing di kolong HDB

Seorang wanita berusia 27 tahun didenda S$4,500 pada Rabu (5 Dis) kerana gagal menjaga kucing peliharaannya dan kemudian mengabaikannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita didenda kerana buang kucing di kolong HDB

(Gambar fail: Vivien Loon)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 10:02PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 10:05PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 27 tahun didenda S$4,500 pada Rabu (5 Dis) kerana gagal menjaga kucing peliharaannya dan kemudian mengabaikannya.

Siti Afza Nooriani meninggalkan haiwan peliharaannya, seekor kucing berwarna perang kemerah-merahan, di kolong blok 815C Choa Chu Kang Avenue 7 pada Mei tahun ini.

Siasatan mendapati dia membuang haiwan tersebut kerana ia tidak pandai buang air di tandas dan mengotori rumahnya dengan najis, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar Singapura (AVA) dalam satu kenyataan media.

Siti Azfa juga gagal memberi rawatan perubatan bagi kucing itu, yang menghidap hematoma telinga kiri dan jangkitan kulit yang teruk, menurut AVA.Dia kemudian meletakkan kucing itu dalam sebuah kotak kadbod sebelum meninggalkannya di kolong blok. Kucing itu sudah diselamatkan dan diletakkan dalam jagaan titipan.

"Memiliki haiwan peliharaan adalah komitment sepanjang hayat. Pemilik haiwan sedia ada dan masa depan perlu memahami jagaan dan tanggungjawab memiliki seekor haiwan," menurut AVA.

Sesiapa yang didapati mengabaikan haiwan mereka atau tidak menjaganya dengan betul boleh didenda sehingga S$10,000 dan hukuman penjara sehingga 12 bulan bagi sabit kesalahan pertama.

Sumber : CNA/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan