Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita didenda kendali rumah urut tanpa lesen di Orchard Towers

Seorang wanita yang mengendalikan sekurang-kurangnya tiga rumah urut tanpa lesen di Orchard Towers didenda S$1,000 pada Selasa (18 Jun). Satu daripada rumah urut tersebut menawarkan "khidmat istimewa".

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita didenda kendali rumah urut tanpa lesen di Orchard Towers

Gambar fail Orchard Towers. (Gambar: CBRE)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 03:58PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 04:00PM

SINGAPURA: Seorang wanita yang mengendalikan sekurang-kurangnya tiga rumah urut tanpa lesen di Orchard Towers didenda S$1,000 pada Selasa (18 Jun).

Satu daripada rumah urut tersebut menawarkan "khidmat istimewa".

Ng Mui Lan, 56 tahun, mengendalikan tiga kedai iaitu Rose Spa, Queen Star Beauty dan SE Beauty Studio yang menawarkan khidmat urut tanpa lesen, di tingkat dua dan empat Orchard Towers.

Mahkamah diberitahu bahawa dua pelanggan lelaki mendapatkan khidmat di SE Beauty Studio yang terletak di tingkat empat Orchard Towers pada 10.15 malam, 16 Nov 2017.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Sephanie Koh, selepas kedua-dua lelaki itu diurut selama 10 hingga 15 minit, tukang urut mereka menawarkan "khidmat istimewa" dan menerangkan bahawa mereka merujuk kepada khidmat seks.

Sejurus selepas itu kedai tersebut diserbu pegawai polis dari Unit Pengurusan Pematuhan.

Rekod polis mengesahkan kedai tersebut tidak mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai pusat urut.

Ng mengaku bersalah terhadap satu dakwaan di bawah Akta Rumah Urut, dengan tiga lagi dakwaan diambil pertimbangan dalam menetapkan hukuman. Satu daripadanya adalah membantu beberapa pemiutang wang tanpa lesen menjalankan urus niaga elektronik bank atas arahan mereka.

Hukuman maksimum bagi kesalahan mengendalikan rumah urut tanpa lesen adalah denda S$1,000. Jika kesalahan berterusan selepas sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda lagi S$50 sehari.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan