Images
  • airport
    Terminal 4 Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: Edgar Su/Reuters)

Wanita didenda gagal isytihar wang tunai hampir S$150,000 di Lapangan Terbang Changi

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 54 tahun didenda pada Khamis (13 Feb) setelah dia cuba meninggalkan Singapura tanpa mengisytiharkan wang tunai sebanyak S$149,000 kepada pihak berkuasa di Lapangan Terbang Changi.

Polis menyatakan mereka dimaklumkan pada 20 Jun 2018 tentang seorang wanita yang membawa wang tunai melebihi S$20,000 di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.

"Siasatan mendedahkan Nguyen Thi Dau membawa S$149,000 apabila dia cuba meninggalkan Singapura dan gagal untuk memberikan laporan kepada pegawai berkuasa mengenai aliran wang tunai itu," menurut polis.

Nguyen Thi Dau disabit dengan kesalahan dan dikenakan denda S$3,000 atas kegagalan melaporkan aliran wang tunai rentas sempadan.

Peraturan berkanun menetapkan bahawa aliran fizikal sebarang wang tunai melebihi S$20,000 atau nilai setara dalam matawang asing, ke dalam atau luar Singapura perlu diisytiharkan.

Mereka yang gagal berbuat demikian boleh didenda sehingga S$50,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. 

- CNA/FZ/fz

Top