Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita diberkas selepas lelaki 51 tahun maut di Ang Mo Kio

Seorang wanita berusia 39 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki 51 tahun, dedah polis pada Khamis (15 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita diberkas selepas lelaki 51 tahun maut di Ang Mo Kio

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 15 Jul 2021 02:46PM Dikemas Kini : 15 Jul 2021 02:48PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 39 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki 51 tahun, dedah polis pada Khamis (15 Jul).

Dalam kenyataan medianya, polis menyatakan bahawa ia dimaklumkan mengenai pertikaian yang tercetus sekitar 12.55 pagi di sebuah unit kediaman di Ang Mo Kio Avenue 3 pada Khamis.

"Setibanya di tempat kejadian, para pegawai menemui seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya dengan pelbagai kesan luka, di luar unit kediaman itu," menurut polis.

Wanita dan lelaki tersebut dalam keadaan sedar semasa dibawa ke hospital tetapi lelaki berkenaan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

"Siasatan awal mendapati bahawa lelaki dan wanita itu mengenali satu sama lain," tambah polis.

Buat masa ini, wanita tersebut sedang mendapatkan rawatan perubatan di sebuah hospital dan akan didakwa di mahkamah pada Jumaat dengan tuduhan membunuh.

Jika sabit kesalahan membunuh, wanita itu boleh dihukum mati. Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan