Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita diberkas kerana berbogel di Middle Road

 Seorang wanita 31 tahun diberkas atas kesalahan gangguan awam setelah dia menanggalkan baju dan pakaian dalamnya di Middle Road pada Khamis (24 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita diberkas kerana berbogel di Middle Road

(Petikan gambar: Facebook/ROADS.sg)

Diterbitkan : 25 Oct 2019 09:25PM Dikemas Kini : 25 Oct 2019 09:27PM

SINGAPURA: Seorang wanita 31 tahun diberkas atas kesalahan gangguan awam setelah dia menanggalkan baju dan pakaian dalamnya di Middle Road pada Khamis (24 Okt).

Dalam satu rakaman video yang tersebar di media sosial, seorang wanita kedengaran menjerit kepada seorang lelaki berbaju warna merah. Dia mengejarnya sedang beliau tergesa-gesa menyeberangi dua lorong dan cuba memukulnya.

Beliau berjalan meninggalkan wanita itu, yang kemudian mula menanggalkan baju dan pakaian dalamnya, sambil menjerit kepada lelaki itu.

Seorang lagi lelaki memakai baju warna putih, menghampiri wanita itu dan membantunya memakai semula pakaian dalamnya. Beliau kemudian memungut bajunya dan meggunakan badannya untuk menghadang wanita itu.

Wanita tersebut berlalu pergi dan kelihatan mula memakai semula bajunya.

Pihak polis menerima panggilan meminta bantuan pada sekitar pukul 2.10 pagi pada Khamis dan wanita itu kemudian diberkas kerana menyebabkan gangguan awam.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan