Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita cuba bantu mangsa dalam kemalangan kereta Tanjong Pagar "kini stabil": SGH

Wanita yang cuba membantu lima mangsa kemalangan kereta di Tanjong Pagar Road "kini stabil", menurut Hospital Besar Singapura (SGH).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita cuba bantu mangsa dalam kemalangan kereta Tanjong Pagar "kini stabil": SGH

(Gambar: Song Seng Wun)

Diterbitkan : 23 Feb 2021 09:49PM Dikemas Kini : 23 Feb 2021 10:09PM

SINGAPURA: Wanita yang cuba membantu lima mangsa kemalangan kereta di Tanjong Pagar Road "kini stabil", menurut Hospital Besar Singapura (SGH).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, SGH menyatakan pada Selasa (23 Feb), bahawa wanita itu kini dirawat di wad kebergantungan tinggi.

Wanita tersebut dikenal pasti oleh The Straits Times sebagai Cik Raybe Oh Siew Huey, iaitu tunang pemandu yang telah meninggal dunia. Cik Oh, 26, mengalami kelecuran teruk di bahagian badannya dan dibawa ke SGH.

Pemandu dan kesemua empat penumpang dalam kereta itu disahkan maut di tempat kejadian.

Siasatan awal mendedahkan bahawa pemandu itu "dipercayai telah memandu dengan laju di tempat tersebut" sebelum merempuh sebuah rumah kedai di 37 Tanjong Pagar Road lalu kereta itu terbakar, menurut polis dalam satu kenyataan pada 13 Feb.

Minggu lalu, AP Indranee Rajah (PAP-Tanjong Pagar) berkata bahawa beliau telah meminta pihak polis untuk meninjau apa lagi yang boleh dilakukan untuk mengatasi perbuatan pandu laju di kawasan itu.

"Kesimpulannya ... pesanan kepada semua pemandu, tolong jangan berlumba ... jangan memandu dengan laju, kerana ia akan menyebabkan kesan-kesan yang amat tragik seperti yang kita sudah lihat. Dan kesannya bukan sahaja ke atas diri anda sendiri, tetapi juga terhadap keluarga dan rakan," menurut Cik Indranee.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan