Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita Britain berpangkalan di S'pura, 2 anaknya antara mangsa serangan Sri Lanka

Seorang peguam rakyat Britain yang berpangkalan di Singapura dan dua orang anaknya adalah antara mangsa siri serangan di Sri Lanka pada Ahad (21 Apr). Berita itu disahkan sendiri hari ini (23 Apr) oleh majikannya, syarikat Anglo American.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Britain berpangkalan di S'pura, 2 anaknya antara mangsa serangan Sri Lanka

Anita Jane Nicholson dan suaminya, Ben, serta dua orang anaknya, Alex dan Annabel. (Gambar: Anita Nicholson/Facebook)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 08:15AM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 08:19AM

SINGAPURA: Seorang peguam rakyat Britain yang berpangkalan di Singapura dan dua orang anaknya adalah antara mangsa siri serangan di Sri Lanka pada Ahad (21 Apr). Berita itu disahkan sendiri hari ini (23 Apr) oleh majikannya, syarikat Anglo American.

Siri letupan bom yang dilancarkan ke atas beberapa hotel dan gereja di Sri Lanka pada Hari Easter membunuh sekurang-kurangnya 290 orang dan mencederakan lebih 500 yang lain.

Anita Nicholson, seorang peguam yang bekerja di pejabat Anglo American di Singapura iaitu sebuah syarikat perniagaan perlombongan, sedang berada di sebuah hotel di Colombo apabila letupan itu berlaku, menurut media Britain.

Beliau dan dua orang anaknya, Alex dan Annabel, terbunuh akibat letupan tersebut, menurut syarikat itu semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Kami sedang berhubungan dengan suami Anita, Ben, dan akan menyokongnya dalam apa jua cara," menurut kenyataan itu.

"Ingatan kami ditujukan kepada keluarga Anita dan Ben, serta rakan kerja dan sahabat mereka. Kami meminta agar anda menghormati privasi mereka dalam masa-masa sukar ini."

Suruhanjaya Tinggi United Kingdom di Colombo menyatakan bahawa lapan rakyat Britain terbunuh dalam serangan-serangan berkenaan.

Menurut para pegawai pemerintah Sri Lanka, 32 warga asing terkorban dalam serangan-serangan tersebut. Mereka termasuk rakyat Britain, Amerika Syarikat, India, China, Denmark, Belanda, Portugal dan Jepun.

Pada Isnin (22 Apr), seorang pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat menyatakan sekurang-kurangnya empat rakyat Amerika terkorban manakala beberapa yang lain cedera parah.

Pemerintah Sri Lanka sudahpun mengisytiharkan keadaan darurat menyusuli pertumpahan darah itu, yang diumumkan oleh Pejabat Presiden pada Isnin (22 Apr).

Langkah-langkah khas turut dikuatkuasakan bagi "membolehkan polis dan tiga pasukan keselamatan menjaga keselamatan awam," menurut kenyataan itu, sambil merujuk kepada tentera darat, laut dan udara.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan