Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 72 tahun meninggal dunia kerana sakit jantung; tiada petunjuk reaksi alahan terhadap vaksin COVID-19: MOH

Seorang wanita berusia 72 tahun yang meninggal dunia sehari selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 meninggal dunia kerana penyakit jantung iskemia, dengan bedah siasat tidak menunjukkan sebarang tindak balas alahan terhadap vaksin itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 72 tahun meninggal dunia kerana sakit jantung; tiada petunjuk reaksi alahan terhadap vaksin COVID-19: MOH

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 06:20PM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 06:24PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 72 tahun yang meninggal dunia sehari selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 meninggal dunia kerana penyakit jantung iskemia, dengan bedah siasat tidak menunjukkan sebarang tindak balas alahan terhadap vaksin itu.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkongsi maklumat itu pada Sabtu (19 Jun) dalam respons kepada pertanyaan media berhubung kematian wanita tersebut.

MOH menyatakan ia dimaklumkan tentang kematian wanita Singapura itu oleh Hospital Besar Sengkang pada 4 Jun. Wanita itu dirawat di jabatan perubatan kecemasan hospital berkenaan.

Beliau menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 3 Jun.

"Beliau dinilai oleh kakitangan jagaan kesihatan terlatih sebagai sesuai untuk menerima vaksinasi COVID-19 sebelum diberi vaksin tersebut. Sejajar dengan protokol kami, wanita itu dipantau selama 30 minit selepas disuntik vaksin dan berada dalam keadaan sihat," menurut MOH.

Kes itu dirujuk kepada koroner yang mengesahkan bahawa punca kematian adalah penyakit jantung iskemia, menyusuli satu bedah siasat.

"Bedah siasat menunjukkan saluran darah yang membekalkan darah ke otot-otot jantung tersumbat, dan tiada tanda berlaku tindak balas alahan terhadap vaksin," menurut MOH.

MOH juga mengutuskan takziah kepada keluarga wanita berkenaan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan