Images
  • police car
    Gambar fail kereta polis di Singapura. 

Wanita 66 tahun maut akibat kemalangan di Bukit Batok; pemandu diberkas

SINGAPURA: Seorang pejalan kaki berusia 66 tahun, meninggal dunia hari ini (10 Jan) selepas terlibat dalam satu kemalangan di Bukit Batok.

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan di persimpangan antara Bukit Batok East Avenue 6 dengan Bukit Batok Street 21 pada sekitar 10.45 pagi.

Polis menambah pemandu, seorang wanita berusia 29 tahun, ditangkap kerana menyebabkan kematian akibat tindakan cuai.

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook menunjukkan seorang wanita terbaring tanpa kasut serta kesan darah di atas jalan raya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong dalam keadaan tidak sedarkan diri. Beliau kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, tambah polis.

Siasatan polis sedang dijalankan.  

- CNA/AI/ai

Top